Memang satu perkara di luar jangkaan..seteru utama sukan Badminton, Lee Chong Wei dan Lin Dan akan berpasangan melawan beregu utama dunia dari China, Cai Yun-Fu Haifeng pada hari Ahad ini.
Lin Dan merupakan 'musuh' tradisi Chong Wei dalam sukan Badminton. Mungkin dalam gelanggang, mereka 'bermusuh' tapi di luar gelanggang, mereka mempunyai visi dan misi yang sama dalam membangunkan sukan tersebut.
Ianya terbukti apabila mereka berdua bersetuju untuk digabungkan sebagai beregu dalam satu perlawanan khas yang dianjurkan oleh badan sukan Badminton di China sempena pembukaan pusat latihan kebangsaan di Lingshui pada 16 Februari ini.
Mereka akan menentang pasangan beregu utama China yang pernah memenangi lima kejuaraan dunia iaitu Cai Yun dan Fu Haifeng. Mulanya, Chong Wei-Lin Dan sepatutnya menentang gandingan Taufik Hidayat dari Indonesia dan pemain no-2 dunia dari China, Chen Long, namun terpaksa diubah kerana Taufik mempunyai komitmen penting lain.
Taufik Hidayat |
Chen Long |
Chong Wei turut menyeru persatuan Badminton negara dan pihak-pihak berkaitan dengan sukan itu untuk mengikut jejak China yang serius dalam membangunkan sukan Badminton bermula dari akar umbi. Menurut Chong Wei, pusat latihan yang lengkap harus dibina di setiap pelusuk negara jika mahu mencungkil banyak bakat baru yang seterusnya menjadi pemain pelapis negara.
Sumber: Says
I wish I can watch that match!! Chong Wei-Lin Dan VS Cai Yun- Fu Haifeng, agak-agak siapa yang boleh menang? Rasanya gandingan China tu akan menang sebab mereka dah lama main secara pairing dan dah serasi di atas gelanggang. Anyway, memang betul kata Chong Wei, Malaysia perlu membuat banyak penambahbaikan sukan Badminton negara bermula dari peringkat akar umbi.
Lagi Info menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan