Lelaki ini dipuja sebagai dewa kerana mempunyai ekor..anda akan tahu kenapa | Boros Di Aralom

Sabtu, 8 Februari 2014

Lelaki ini dipuja sebagai dewa kerana mempunyai ekor..anda akan tahu kenapa

Menurut kepercayaan agama Hindu, mereka mempunyai banyak tuhan atau dewa yang disembah. Salah satunya ialah Hanuman atau dewa monyet. Sebab itu mereka sangat menghormati malah memuja haiwan tersebut.

Maka tidak hairanlah kenapa lelaki ini menjadi pujaan ramai penganut Hindu di India. Ini kerana, lelaki bernama Chandre Oraon, 35, ini mempunyai ekor berbulu sepanjang 14.5 inci di belakang badannya.

Bukan sahaja mempunyai ekor malah Chandre juga mempunyai kemahiran tinggi untuk memanjat pokok. Chandre sangat dihormati oleh penduduk kampung di Alipurduar, Bengal Barat, India. 

Selain itu, Chandre juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit. Dengan hanya meminta 'berkat' darinya, orang itu akan sembuh. 

Walaupun doktor mengesahkan bahawa 'ekor' tersebut adalah simptom kepada penyakit Spina Bifida dan perlu dipotong, namun Chandre berkeras untuk mengekalkannya.

Menurut Chandre, sewaktu dia kecil, ekornya itu pernah dipotong. Namun selepas itu, dia jatuh sakit dan hampir mati. Saudara maranya pun menyarankan agar dia membiarkan ekor tersebut kerana ia telah menunjukkan petanda bahawa ekor itu adalah suci.

Sumber: DailyMail

Lagi Info menarik:

Tiada ulasan: