Inilah iklan Nasi Lemak dari AirAsia yang dikatakan menyindir 'Nasi lemak telanjang' MAS | Boros Di Aralom

Isnin, 10 Februari 2014

Inilah iklan Nasi Lemak dari AirAsia yang dikatakan menyindir 'Nasi lemak telanjang' MAS

Nampaknya isu nasi lemak dari syarikat penerbangan tempatan ini sekali lagi hangat diperkatakan. Mungkin AirAsia menafikannya tapi kalau dilihat dari iklan nasi lemak mereka itu, memang nampak yang mereka sedang mengenakan MAS. AirAsia mengiklankan menu kegemaran rakyat Malaysua itu dengan tulisan ‘Nasi Lemak kami Lengkap!’ ditambah dengan slogan ‘Sejuklah di udara kalau telanjang!’. Nasi lemak MAS VS Nasi lemak AirAsia...mana satu yang lebih sempurna? 

Nasi lemak MAS... nasi lemak telanjang..itu kata Chef Wan..and I agree..


Nasi lemak AirAsia...nasi lemak lengkap..wow, ini baru betul

Cerita ini bermula dua minggu yang lalu apabila Chef Wan menggelar Nasi Lemak yang dihidang di dalam pesawat MAS sebagai 'Telanjang' dan meminta agar pihak MAS mengotakan janji mereka untuk memperbaiki hidangan yang disediakan untuk penumpang di dalam pesawat mereka.

Apabila AirAsia mengeluarkan iklan Nasi Lemak lengkap mereka, Chef selebriti terkenal tanahair tersebut menyifatkannya sebagai satu persaingan sihat di mana pemenangnya tentulah yang terbaik.

Bagaimanapun Air Asia ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan bahawa tujuan iklan itu bukanlah untuk membidas mana-mana pihak. Dalam kenyataan rasmi oleh jurucakap mereka, katanya tujuan iklan tersebut adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada nasi lemak yang sedap atas penerbangan.

Sumber: Says

Nasi lemak AirAsia ni nampak lebih menyelerakan...


Tiada ulasan: