Peminat Everton dari Malaysia dikecewakan di Goodison Park..tapi ada hikmah di sebaliknya | Boros Di Aralom

Khamis, 13 Februari 2014

Peminat Everton dari Malaysia dikecewakan di Goodison Park..tapi ada hikmah di sebaliknya

Dia menunggu lebih 30 tahun untuk datang ke stadium Goodison Park untuk melihat pasukan kegemarannya, Everton, beraksi secara live. Namun dia kecewa...penantiannya itu terpaksa dipanjangkan lagi apabila perlawanan antara Everton dan Crystal Palace terpaksa ditangguhkan akibat dari gangguan cuaca yang teruk.

Peminat Everton yang menggunakan nama @ric_wee di Twitter ini jelas teruja dengan perlawanan tersebut. Dia sanggup datang awal semata-mata untuk merasai atmosfera di dalam stadium.
Namun, di kala dia dan ramai peminat lain sedang bersedia di bangku masing-masing, satu khabar berita kurang menyenangkan telah diumumkan. Perlawan Everton VS Crystal Palace terpaksa ditangguh atas sebab kerosakan bangunan yang disebabkan oleh ribut di kawasan Merseyside itu.

Ini bermakna, peminat Everton dari Malaysia ini terpaksa memanjangkan lagi penungguannya. Tapi ada hikmah di sebalik semua ini. Dia sangat bertuah apabila Everton berjaya mengesan tweetnya di Twitter. Peminat ini seterusnya diundang oleh pengurusan kelab untuk pergi ke hotel dan berjumpa dengan para pemain dan pengurus secara 'face to face'.

Sumber: Metro UK

Wah, penungguannya memang berbaloi..tak dapat tengok perlawanan tapi dapat jumpa terus dengan para pemain secara bertentang mata. Mesti ramai yang jeles kan..


Tiada ulasan: