Memang satu keajaiban pada lelaki ini yang masih hidup selepas 14 bulan tersadai tengah lautan | Boros Di Aralom

Selasa, 4 Februari 2014

Memang satu keajaiban pada lelaki ini yang masih hidup selepas 14 bulan tersadai tengah lautan

Bayangkan keadaan anda apabila berada di tengah lautan tanpa bantuan makanan dan minuman..berapa lamakah anda mampu bertahan? Tanpa makanan, manusia masih mampu bertahan hidup selama satu minggu sekiranya ada air. Tetapi tanpa air, manusia hanya boleh hidup sekitar empat lima hari saja.

Jadi bagaimanakah lelaki bernama Jose Alvador ini mampu bertahan sehingga 14 bulan tersadai di tengah lautan tanpa sebarang bekalan makanan dan minuman bersih? Sejak 14 bulan lalu, dia tersadai di tengah lautan Pasific selepas botnya mengalami kerosakan. 
Jose Alvador ketika diselamatkan

Dia bersama seorang lagi anak muda berada di bot tersebut ketika mereka meninggalkan daratan pada 21 Disember 2012. Mereka adalah sebahagian daripada rombongan nelayan yang keluar membuat tangkapan ikan di laut dalam.

Ketika bot mereka mengalami kerosakan, mereka tidak dapat menghubungi bot-bot lain. Nasib pula tidak menyebelahi temannya yang mati empat minggu selepas bot mereka kehabisan kuasa.

Selama tersadai di tengah lautan, Jose mampu bertahan dengan memakan daging burung dan meminum darah penyu. Dia malah pernah meminum air kencingnya sendiri semata-mata untuk menambahkan cecair dalam badan. Dan yang lebih menyukarkan lagi ialah Jose terpaksa menangkap semua sumber makanannya itu tanpa menggunakan sebarang alat penangkap.

Ketika ditemui dan diselamatkan berdekatan dengan Ebon Atoll di kepulaan Solomon, tubuh Jose berada dalam keadaan lemah serta tidak terurus. Jose turut mengalami masalah memori dan gagal mengingat dengan baik.

Apa yang berlaku terhadap Jose ini seakan-akan seperti cerita dalam filem Cast Away lakonan Tom Hanks.

Sumber: Mirror


Tiada ulasan: