Kalau berkawan, biar seribu..kalau berkhawin biar satu...dan pastikan yang satu itu benar-benar lelaki yang boleh dipercayai..tapi apakan daya, manusia memang pandai menipu dan memang mudah ditipu..bila si penipu bertemu dengan si tipah mudah tertipu..maka ini lah jadinya..perkara sebegini bukan yang pertama kali berlaku..
Malang buat seorang pensyarah di institusi pengajian tinggi awam bernama Yaya apabila majlis perkhawinan yang sepatutnya menjadi detik paling manis dalam hidupnya bertukar kepada detik paling pahit.
Apa tidaknya, pengantin lelaki yang ditunggu-tunggu tidak muncul dalam majlis tersebut. Berjam-jam tunggu tapi batang hidung pun tak nampak..
Semua persiapan sudah setel..pengantin wanita sudah berhias..tetamu juga sudah berkumpul..tapi pengantin lelaki tak muncul. Akhirnya majlis yang sepatutnya menjadi majlis pernikahan tersebut telah ditukar kepada majlis sambutan Maulidur Rasul.
Yaya merasa begitu tertekan, hilang keyakinan diri, dan malu disebabkan oleh kejadian yang menimpa dirinya. Bukan sahaja maruah diri tercalar malah maruah keluarga juga turut tercemar. Lelaki yang kononnya bekerja di syarikat terkemuka itu kini hilang entah ke mana..
Menurut pengakuan Yaya, dia telah mengenali lelaki tersebut melalui laman web mencari jodoh sejak lima bulan lalu. Mereka malah pernah keluar bersama beberapa kali. Ketika saudara mara dan sahabat Yaya mencari lelaki itu, dia tiada di rumahnya dan hanya ibu bapa lelaki itu yang ada. Kemudian satu perkara paling menusuk jiwa berlaku apabila keluarga lelaki itu berkata bahawa anak lelaki mereka sebenarnya sudah berkhawin dan tiada pekerjaan tetap.
Sumber: SinarHarian
Lagi info menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan