4 Gadis bertudung difitnah dengan gambar lucah...mereka sebenarnya tulis perkataan ini | Boros Di Aralom

Jumaat, 7 Februari 2014

4 Gadis bertudung difitnah dengan gambar lucah...mereka sebenarnya tulis perkataan ini

Memang gempar sejak beberapa hari lalu mengenai empat gadis bertudung yang menunjukkan perkataan lucah di laman sosial Facebook. Bagi yang berfikiran cetek tanpa usul periksa, mereka akan terus membuat kesimpulan dan terus menghentam empat gadis tersebut.

Mereka sebenarnya difitnah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang telah mengedit perkataan sebenar yang ditunjukkan oleh empat gadis tersebut.

Menurut Says, sumber asal kepada gambar berunsur lucah itu adalah dari blog Apple Biru. Didapati empat remaja perempuan bertudung dalam lingkungan 20an menunjukkan perkataan lucah "WILL YOU F*UK ME".

Namun setelah diselidiki, rupanya gambar tersebut adalah diedit. Gambar asal sebenarnya memaparkan perkataan lain iaitu "YOU NEVER WALK ALONE".

Sumber: Says

Kesian pula dengan empat gadis ini. Mereka menjadi mangsa fitnah cyber..ini dah namanya 'cyber bullying' tau..bayangkanlah bagaimana perasaan mereka selepas difitnah sedemikian. Pastinya rakan-rakan mereka sekarang ini sudah memandang serong terhadap mereka..lebih-lebih lagi kalau rakan mereka itu tak tahu cerita sebenar..harap pihak yang menyebarkan fitnah ini dikenakan tindakan undang-undang dengan segera. Tindakan mereka ini bukan setakat mengaibkan malah turut menimbulkan kontroversi dan ketegangan.

Kita tak tau, mungkin gambar-gambar kita kat facebook tu dah kena edit. Paling malang lah bagi mereka yang suka post gambar-gambar seksi...gambar tak seksi pun kena fitnah...ini kan pula gambar seksi. So, hati-hati bila upload gambar tu..jangan nak menunjuk-nunjuk...nanti padah menunggu..

Tu pasal gua tak der instagram..hohoho...

Tiada ulasan: