Inikah yang dinamakan sebagai pencuri bodoh bahlul? | Boros Di Aralom

Isnin, 24 Februari 2014

Inikah yang dinamakan sebagai pencuri bodoh bahlul?

Mula-mula menipu...lama-lama mencuri..mereka memang pandai mencuri, tapi tiada akal untuk menyembunyikannya. Dan yang menambahkan kebodohan mereka ialah bila mereka bergambar bersama dengan barang yang dicuri kemudian mengongsikannya di Facebook. Tak ker bodoh tu?

Pencuri bodoh tu macam mereka ni lah..siap bergaya atas motor dan kereta yang dicuri. Lepas tu, upload kat Facebook sebab nak menunjuk-nunjuk.

Dua penjenayah bernama Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, ini adalah antara pencuri terbodoh di alaf siber. Mereka telah memuat naik sekitar 50 gambar ke Facebook dan tindakan mereka ini sememangnya telah memudahkan kerja polis selepas salah seorang mangsa yang ternampak keretanya membuat laporan polis.

Kedua-dua pencuri ini akhirnya dijatuhi hukuman penjara lebih 9 tahun setiap seorang atas kesalahan mencuri. Jadi nampaknya mereka ada banyak waktu untuk mengenangkan kebodohan mereka kelak.

Sumber: myMetro

Tu la pasal, kalau nak cari rezeki yang berkat, carilah dengan cara yang halal.

Lagi Info Menarik:


Tiada ulasan: