Penyanyi Sharifah Zarina minta blogger ini mohon maaf kerana siarkan gambarnya tanpa etika | Boros Di Aralom

Isnin, 17 Februari 2014

Penyanyi Sharifah Zarina minta blogger ini mohon maaf kerana siarkan gambarnya tanpa etika

Kepada semua rakan-rakan blogger, sila ambil perhatian. Jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran dan panduan agar sentiasa peka kepada semua entri yang dipublishkan dalam blog. 
Sharifah Zarina
Penyanyi Sharifah Zarina memberi tempoh selama 14 hari sebelum mengambil tindakan saman kepada sebuah blog hiburan yan dikenali sebagai Jom Sembang, memadam gambar-gambarnya dan tampil meminta maaf. 
"Dia ambil gambar saya untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol. 
"Dia juga tidak menulis gambar tersebut sebagai gambar hiasan, saya sedari perkara ini apabila ramai rakan-rakan dan peminat menyatakan kurang senang dengan perkara itu," katanya seperti yan dilaporkan mStar online. 
Sharifah Zarina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di sebuah program hiburan tentang penyalahgunaan gambar penyanyi ini oleh sebuah blog hiburan. Blog hiburan tersebut menggunakan gambarnya dengan cerita yang mengaibkan. 
Penyanyi itu juga memberitahu tindakannya menyelar pengendali sebuah blog hiburan yang memuat naik gambarnya di laman blog mereka sebagai satu pengajaran yang perlu dijadikan iktibar. Sharifah Zarina berkata, dia mahu penulis blog tersebut bertanggungjawab diatas kesalahan yang telah memalukan dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang artis. 
"Saya tahu siapa dia dan alamat dimana blog berkenaan beroperasi, namun saya sengaja ingin memberitahu media tentang perkara ini agar ia dijadikan iktibar dan penulis berkenaan tidak mengulangi kesalahan ini lagi. 
"Saya mahu juga mahu blog-blog hiburan terutamanya yang berdaftar lebih beretika dalam menyiarkan berita-berita mereka. 
"Cara mereka mencuri gambar dan meletakkannya pada cerita yang salah telah menyebabkan saya dan keluarga menanggung malu," katanya. Laporan jua menyebut, Sharifah Zarina telah membuat laporan polis pada Khamis lalu di Balai Polis Kampung Subang. - mStar Online




Tiada ulasan: