Ribuan lelaki sanggup berbogel demi untuk merebut sepasang kayu di Festival Hadaka Matsuri | Boros Di Aralom

Rabu, 19 Februari 2014

Ribuan lelaki sanggup berbogel demi untuk merebut sepasang kayu di Festival Hadaka Matsuri

Jepun memang terkenal dengan benda-benda pelik. Dari pakaian sampailah kepada festival yang disambut setiap tahun. Sebelum ini, mereka ada buat festival pembunuhan ikan dolphin secara besar-besaran yang seterusnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pencinta haiwan. Festival terkini yang baru berlangsung pula dinamakan sebagai festival Hadaka Matsuri.

Apakah gerangannya festival Hadaka Matsuri ini? tengok tajuk entri saja pun korang dah tahu. Festival ini merupakan festival tahunan yang disertai oleh golongan lelaki sahaja. Ianya turut dipanggil sebagai Naked Festival. Mereka akan berbogel separuh badan dan kemudiannya bergelut untuk merebut sepasang kayu 'suci'.
Ready to fight!
Festival ini dianggap sebagai antara festival suci di Jepun. Dalam festival ini, seorang sami akan melontarkan kayu penyepit yang dinamakan sebagai 'shingi' ke arah sekumpulan besar lelaki yang separuh bogel itu tadi. Sesiapa yang berjaya mendapat kayu 'shingi' ini, mereka akan mendapat tuah dan kegembiraan sepanjang tahun.
Para peserta sedang bersiap dengan cawat khas
Para peserta hanya akan memakai cawat khas dan perlu 'menyucikan' diri mereka di dalam sebuah kolam suci terlebih dahulu sebelum memulakan cabaran.
Para peserta sedang 'menyucikan' diri di kolam dalam kuil
Mereka bersedia untuk berebut kayu 'shingi'
Kayu sepanjang 20cm itu dilontarkan ke arah para lelaki tadi dan mereka akan merebutnya sambil menjerit 'Wasshoi! Wasshoi!’. Festival ini sudah berusia lebih 500 tahun dan dilangsungkan di Saidaiji Temple yang terletak di kota Okayama.

Sumer: Metro UK



Tiada ulasan: