Jika pendapatan anda sekarang ialah sekitar RM2000 dan tinggal di kawasan bandar, tidak menghairankan jika anda sekarang ini sedang berada dalam kegelisahan berikutan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang melampau. BR1M pun rasanya dah habis dalam masa dua tiga hari ini.
Dan jika anda berkeluarga dan terpaksa menampung keluarga sendirian, pastinya hidup lebih sukar di bandar. Sekarang fikirkan pula mereka yang dahulunya kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tidur berlantaikan bumi dan beratapkan langit. Bagaimanakah kehidupan mereka kini?
Pastinya jika dulu mereka susah, apalagi sekarang. Seorang jurugambar telah mengambil beberapa set foto yang menunjukkan kehidupan masyarakat bandar yang tergolong dalam kelompok miskin tegar melampau di Malaysia. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan terpaksa menjadi manusia jalanan. Mereka juga terdiri dari pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan warga emas.
Realiti kehidupan miskin tegar di bandar |
Mereka tinggal di rumah usang bawah jambatan, dan kawasan lorong |
Foto ini diambil di sekitar Kuala Lumpur. Kebanyakkan mereka ini tidak mempunyai dokumen rasmi. Jangan hairan, kebanyakkan mereka adalah penduduk tempatan Malaysia.
Lampu elektrik pun tiada |
Sedang mencari harta berharga dalam timbunan sampah |
Anda dah dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), bagaimana pula nasib mereka ini? Nak apply BR1M pun tak dapat. Entah-entah mereka tak tahu pun mengenai kewujudan bantuan tersebut.
Mereka tiada akses untuk mendapatkan air bersih |
Golongan seperti inilah yang sepatutnya dibantu oleh pihak berkuasa untuk meringankan beban mereka. BR1M memang banyak membantu rakyat Malaysia, tapi adakah ia benar-benar mengena sasaran yang tepat?
Anda boleh baca laporan penuh mengenai kehidupan golongan miskin tegar melampau di Kuala Lumpur ini kat laman web Says
Sumber: Says
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan