Pulau kecil di Mexico ini tersangatlah menakutkan...anda akan tahu kenapa | Boros Di Aralom

Sabtu, 1 Februari 2014

Pulau kecil di Mexico ini tersangatlah menakutkan...anda akan tahu kenapa

Terdapat satu pulau kecil yang terletak di Selatan Mexico yang menjadi antara pulau yang paling menakutkan dan paling mengerikan untuk dikunjungi. Pulau tersebut dinamakan Island of the Dolls (Isla de las Muñecas). Dengar nama saja pun dah tahu yang pulau ini memang menyeramkan..

Pulau ini dipenuhi dengan patung-patung yang banyak digantung di serata tempat. Kalau korang jumpa patung macam kat bawah ni..gerenti tak tidur malam..

Pulau ini sebenarnya mempunyai satu lagenda yang sangat tragis. Menurut cerita, suatu ketika dulu, ada seorang kanak-kanak perempuan yang mati lemas secara misteri.

Dan roh kanak-kanak itu kini merasuki semua anak patung yang tergantung di sekitar pulau tersebut.

Menurut kisah benarnya pula, penjaga kepada pulau ini iaitu Don Julian Santana Barrera, ada melihat budak perempuan itu sedang kelemasan tapi dia gagal menyelamatkannya.

Selepas tragedi tersebut berlaku, Julian ternampak satu anak patung terapung di atas air.Dia kemudiannya mengambil dan menggantungkan patung itu di atas kayu sebagai tanda menghormati kematian kanak-kanak malang tersebut. Dia melakukan ini selama 50 tahun.

Dan sejak itu, Don Julian sering menambah anak patung ke kawasan tersebut. Dan mereka kekal sehingga kini.









Sebenarnya, banyak orang yang tidak percayakan cerita penjaga pulau tersebut. Tapi apa yang pasti, kawasan tersebut memang sangat menyeramkan. Kalau lemah semangat, elok tak payah pergi kat sana. Walaupun menakutkan tapi tempat ini berjaya menarik ramai pelancong.

Sumber: amusingplanet


Lagi info menarik:


Tiada ulasan: