Seperti yang kita tahu, Thailand kini sedang dilanda krisis politik. Protes anti kerajaan berlaku sana sini sehingga Bangkok dan beberapa lagi kawasan lain dikenakan undang-undang darurat.
Namun di sebalik pergolakan yang sedang berlaku, Thailand juga kini sedang 'panas' dengan kehadiran seorang wartawan dari Jepun. Wartawan bernama Daijiro Enami ini menjadi perhatian ramai kerana memiliki rupa paras yang sangat kacak.
Daijiro yang bertugas untuk Fuji Television Network kini berada di Bangkok untuk membuat liputan mengenai pergolakan politik yang sedang berlaku. Dia turut menemubual ketua pembangkang, Suthep Thaugsuban
Dengan kekacakkannya ini, Daijiro menjadi perhatian ramai penduduk Bangkok di mana sahaja dia pergi. Malah ada yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersamanya. Tak kira lelaki atau perempuan.
Daijiro dilahirkan di Kanangawa pada 30 September 1985, berketinggian 180cm dan mempuyai darah jenis O. Dia bermain baseball ketika di sekolah tinggi dan menyambung pelajaran di Keio University dalam bidang undang-undang.
Sebelum ini, Daijiro juga pernah menjadi jemputan khas dalam beberapa program tv di Jepun seperti Ninkyo Helper dan Room of Kings. Daijiro memang mengimpikan untuk menjadi journalis sejak dari dulu lagi.
Sumber: Says
Lagi Info menarik:
> Cara terbaik untuk anda tengok kangaroo beraksi
> Dengan adanya benda ini, anda akan puas berfacebook, berblog, dan beronline
> Cara sebenar rakyat Malaysia pilih makanan pelik
> 14 Perkara yang rakyat Malaysia tidak boleh elak semasa perayaan Tahun Baru Cina
> Inilah dia Samsung Galaxy Note 3 versi paling unik

Tiada ulasan:
Catat Ulasan