Gambar sebenar MB Terengganu dipeluk Neelofa..George Clooney pasti marah lepas ni | Boros Di Aralom

Isnin, 17 Februari 2014

Gambar sebenar MB Terengganu dipeluk Neelofa..George Clooney pasti marah lepas ni

Memang kecoh beberapa hari lalu dengan gambar edit yang menunjukkan MB Terengganu, Ahmad Said sedang dipeluk manja oleh Neelofa. Saya pasti, dengan sekali pandang saja dah ramai yang tahu bahawa gambar itu adalah gambar yang diedit tahap amatur  oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang juga telah menggunakan akaun palsu di Facebook.
Gambar Neelofa diedit
Gambar asal sebenarnya menunjukkan Neelofa sedang memeluk George Clooney.
Gambar sebenar Neelofa bersama George Clooney
Tapi jangan salah faham, ianya bukan George Clooney yang asli tapi ia hanyalah patung lilin yang diukir menyerupai pelakon kacak Hollywood itu. Kalau nak tengok dia, pergi saja kat i-City..itu pun kalau masih ada...dulu kan banyak patung lilin kena bakar kat i-city oleh budak samseng..

Tiada ulasan: