Seorang wanita menelefon polis untuk melaporkan bahawa dia sedang berada dalam keadaan ghairah mahu melakukan hubungan seks.
Seorang janda dari Florida bernama Maria Montenez-Colon, 58, telah menelefon polis dalam keadaan mabuk. Mulanya dia mengeluh mengenai keretanya. Tetapi apabila polis tiba di kediamannya, Maria berkata "sudah bertahun saya tidak melakukan seks. Saya sedang ghairah."
Polis kemudiannya berusaha untuk menyoal Maria tapi wanita ini terus menjawab, "kamu boleh melakukan seks dengan saya."
Polis yang bertugas kemudian beredar. Tapi sejam kemudian, Maria menelefon 911 semula dan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pegawai polis yang baru saja menolaknya itu.
Ketika ditanya semula apa yang boleh polis bantu, Maria dengan selamba menjawab, "adakah cara lain supaya kamu datang sini untuk melakukan seks dengan saya?"
Sumber: Mirror UK
Macam mana agaknya reaksi polis yang bertugas itu jika Maria adalah seorang wanita muda 30an yang seksi dan menawan?
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan