Sambutan Tahun Baru Cina di kediaman MB Selangor bertukar tragis..apa yang berlaku? | Boros Di Aralom

Isnin, 10 Februari 2014

Sambutan Tahun Baru Cina di kediaman MB Selangor bertukar tragis..apa yang berlaku?

Suasana sambutan Tahun Baru Cina di negara ini masih lagi segar dan rancak dengan banyak pengajuran rumah terbuka especially dari golongan kenamaan. Di Shah Alam, rumah terbuka sempena CNY tahun ini telah diadakan di kediaman Menteri Besar..namun di sebalik kemeriahan tersebut, berlaku satu tragedi pahit yang pasti menjadi detik hitam dalam kehidupan sepasang suami isteri.
Kanak-kanak maut di kolam renang kediaman MB Selangor. (Sekada gambar hiasan)
SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan mati selepas terjatuh ke dalam kolam renang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Seksyen 7, di sini, jam 4 petang, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, Amanda Dany Shah, 7, bersama ibu bapanya, pergi ke majlis di situ untuk membekal makanan sebagai pengusaha katering, sempena majlis Tahun Baharu Cina.
 
“Sedang ibu bapa mangsa sibuk menyediakan makanan bersama pekerja lain, mangsa tiba-tiba dikatakan hilang.
 
“Pengunjung di situ menyedari kejadian itu dan cuba menyelamatkan mangsa,” katanya.
 
Azisman berkata, selepas diselamatkan orang awam, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dengan ambulans. Menurutnya, mangsa kritikal dan disahkan oleh doktor meninggal dunia kira-kira jam 7 malam.
 
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. - Sinar Harian

Kesian dengan budak ni..takziah kepada keluarga mangsa dan jadikan ini sebagai satu iktibar kepada kita semua selagi berkesempatan. Jangan saja lepas ini ada pihak tak berotak yang mempolitikkan perkara ini. Ia berlaku di mana-mana..tak kira lah itu rumah MB ker atau rumah orang biasa. Sebab tu, sentiasalah awasi anak-anak anda. Paling bagus, elakkan membawa anak-anak ke tempat kerja. Kalau terpaksa bawa, pastikan ada yang memerhatikannya. 

Lagi Info menarik:

Tiada ulasan: