Jika rumah anda kotor atau berselerak, nampaknya ini menunjukkan orang rumah anda adalah seorang yang pemalas atau pengotor kerana tidak mengambil berat mengenai kebersihan dan kekemasan rumah. Keadaan rumah sedemikian sememangnya akan membawa kepada tekanan hidup sekiranya anda adalah seorang yang menitikberatkan kekemasan dan kebersihan. Daripada bergaduh dengan pasangan anda mengenai hal ini, cari lah cara lain untuk menggalakkan si isteri untuk membantunya lebih ringan tulang dalam rumah. Jika masalah ini wujud, bincang dengan si isteri untuk mengelakkan masalah berat timbul pada masa akan datang. Binalah satu sistem dalam rumah yang sesuai dengan anda suami isteri untuk mengelakkan keadaan rumah yang bersepah menghancurkan kehidupan rumah tangga.
Ouch!...deal with your messy wife |
Bina satu jadual membersih rumah untuk membahagikan tugas. Buat jadual harian yang menggilirkan siapa yang harus mencuci pinggan mangkuk, sapu lantai, lap cermin dan sebagainya. Sama seperti jadual keceriaan dalam kelas ketika di sekolah dulu. Setiap hari, setiap anggota keluarga boleh menjalankan tugas rumah yang berbeza supaya isteri anda mempunyai waktu untuk relaks, bekerja dan merasa selesa dengan jadual tersebut.
Seterusnya, sediakan bakul yang dilabel dan teratur bagi setiap ruang bilik dalam rumah anda. Apabila si isteri menggunakan sesuatu peralatan, dia boleh mengembalikannya ke tempat asal yang telah dilebelkan untuk mengelakkan barang bersepah. Gunakan penanda label untuk menulis apa yang harus ada di setiap bakul.
Akhir sekali, berbincanglah dengan si isteri dengan baik dan lembut mengenai sikapnya yang kurang gemar membersihkan rumah. Jelaskan kepadanya bahawa keadaan ini membuatkan anda kecewa dan tidak menyihatkan. Tunjukkan kepadanya bahaya yang diakibatkan oleh kekotoran dan ketidakkemasan. Dan paling penting, ajarlah si isteri cara-cara untuk membersihkan sessuatu yang dikotorinya atau disepahkannya.
Hal ini bukan sahaja membantu menjadikan rumah tangga anda lebih baik malah membantu si isteri anda untuk menyedari akan kekurangan yang perlu dia perbaiki dalam dirinya. (Sumber: Sara Hickman)
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan