Barisan Pelakon dan Sinopsis filem Songlap | Filem Melayu terkini | Boros Di Aralom

Rabu, 14 Disember 2011

Barisan Pelakon dan Sinopsis filem Songlap | Filem Melayu terkini


Syafie Naswip (Ad) dan Shaheizy Sam (Am) dalam filem Songlap.
Filem arahan Effendee dan Fariza Azlina, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
Sara Ali (Hawa) dan Ad
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini? 

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat-habat iaitu Shaheizy Sam (Am @ Adam Besar), Syafie Naswip (Ad @ Adam Kecil), dan Sara Ali (Hawa) sebagai pelakon utama. Turut dibantu oleh para pelakon lain seperti Omar Abdullah, Rozie Rashid, Rashidi Ishak, Eizlan Yusof dan banyak lagi.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 15 Disember 2011.
(Sumber: sinema malaysia)

  • Rahsia merampas trafik percuma dari FACEBOOK di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$

Tiada ulasan: