Kes Awie bergaduh di Langkawi menjadi isu panas kebelakangan ini. Menurut sumber, Awie telah pergi ke Langkawi untuk menguruskan sebidang tanah yang dibelinya beberapa tahun lepas dan untuk memenuhi undangan membuat persembahan di kelab berkenaan dan bukanlah untuk lari daripada mesyurat seperti yang didakwa.
Bintang Rock negara, Awie. |
Awie mengaku bahawa dia memang terlibat dengan dalam pergaduhan tersebut tetapi kerana perbuatan provokasi yang dilakukan oleh individu lain yang mengeluarkan kata-kata kesat selepas Awie menolak untuk bergambar sehingga membawa kepada pergaduhan.
Ketika diajak keluar dari kelab, Awie dan pengawal peribadinya telah dikepung oleh kira-kira 30 orang. Dikatakan juga bahawa kumpulan tersebut sebenarnya gagal memukul Awie sebaliknya teruk dibelasah oleh Awie dan rakannya demi mempertahankan diri mereka.
Pergaduhan tersebut akhirnya terlerai selepas Awie dibawa ke balai polis berdekatan untuk memberi penjelasan. Tiada laporan yang dibuat oleh Awie dan pihak yang menyerangnya itu. Menurut Awie, dia menggangap orang di sana sengaja cari gaduh. Walaubagaimanapun Awie telah menghulurkan RM300 sebagai tambahan kos rawatan kepada kumpulan itu sebelum Awie dan rakannya pulang.
Awie akan mengadakan konsert bersama Ella selam 4 hari bermula 12 Januari 2012 depan di Istana Budaya. (Sumber: Oh Artis)
*Bergaduh bukan cara penyelesaian terbaik.
Khas untuk anda:-
- Pergi test-drive kereta volkswagon dan anda mungkin dapat iPhone percuma! Cekidaout!
- Nak pergi Jerman tak? Dapat free RM10k lagi tau! Check sekarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan