Bahan tiruan di dalam makanan | Selamatkah? | Boros Di Aralom

Sabtu, 17 Disember 2011

Bahan tiruan di dalam makanan | Selamatkah?

Makanan tambahan tiruan boleh menyebabkan sensitiviti bagi kebanyakkan orang terutamanya dari segi pengamalan diet atau dari segi agama. Banyak senarai bahan tambahan yang susah untuk difahami sehingga membawa kepada keraguan orang lain untuk memakannya. Kita perlu memahami kenapa syarikat-syarikat pengeluar memasukkan bahan tambahan tiruan ke dalam produk makanan mereka dan yang paling penting, kita kena celik sejauh manakah tahap keselamatan bahan tiruan tambahan tersebut untuk dimakan. 
Membaca kandungan nutrisi makanan adalah perlu sentiasa diamalkan. (gambar hiasan)
Pemanis Tiruan
Pemanis tiruan seperti Saccharin, Aspartame, Acesulfame-K dan Splenda banyak diguankan ke atas makanan-makanan pencuci mulut seperti gula-gula dan minuman kurang manis. Perlu ambil perhatian kepada penambah tiruan Saccharin atau lebih dikenali sebagai Sweet'N Low ini kerana ianya telah dikenalpasti sebagai salah satu bahan yang boleh menyebabkan kanser oleh World Health Organization (WHO). Splenda yang paling banyak digunakan pula sebenarnya diproses dari gula semulajadi namun semasa pemprosesan ianya dicampur dengan molekul klorin yang menghilangkan ketulinannya.

Pewarna
Pewarna tiruan pula menambahkan keenakan serta kecantikan bijirin, makanan berbakar, dan gula-gula. Menurut kajian, dua jenis pewarna yang sering digunakan ialah Red 40 dan Yellow 5 di mana keduanya sering mengakibatkan tindakbalas hypersensitiviti alahan. Pewarna caramel yang sering digunakan dalam minuman berkarbonat pula kadang-kadang dihasilkan dengan menggunakan ammonia.

Pengawet
Calcium Propionate yang sepatutnya boleh diperoleh secara semula jadi juga dihasilkan melalui bahan tiruan. Heptyl Paraben adalah bahan pengawet yang biasa digunakan dalam alkohol manakala Sodium Nitrate  dan Sodium Nitrite digunakan secara meluas dalam industri daging. Namun penggunaannya sudah berkurangan ekoran daripada beberapa kes kanser yang dilaporkan berpunca daripada bahan tersebut. Bahan pengawet seperti Sulfite pula digunakan untuk mengekalkan warna buah-buahan, udang, dan sayuran tetapi penggunaanya juga menyebabkan nutrien seperti B-1 dalam makanan terhapus. Sodium Benzoate dan Sodium Chloride pula merupakan pengawet semulajadi.

Antioksida
Apabila oksigen bercampur dengan lemak di dalam sesuatu produk, warna dan rasa produk tersebut akan berkurang. Antioksidan bertujuan untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku. Adipic Acid, Ascorbyle Palmitate, BHA, BHT, Erythorbic Acid, Sodium Erythorbate dan asid tartaric merupakan antara antioksidan yang biasa digunakan untuk mengekalkan warna dan rasa. Sebagai tambahan, Alpha Tocopherol sebenarnya adalah Vitamin E manakala Sodium ascorbate dan Ascorbic acid keduanya terdiri daripada Vitamin C yang digunakan sebagai antioksidan. 
(sumber: Sarah Thomsen)

*Fuh..banyak sangat guna istilah saintifik mengenai bahan tiruan dalam makanan ini..

  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

1 ulasan:

GKA berkata...

tak pernah tahu...tq for info