Sukarelawan di sekolah Katolik kemaruk rakam aksi pelajar mandi | Boros Di Aralom

Jumaat, 30 Disember 2011

Sukarelawan di sekolah Katolik kemaruk rakam aksi pelajar mandi

NEW JERSEY: Seorang pendidik didakwa menggunakan kamera litar tertutup untuk merakam aksi pelajar lelaki mandi di sekolah tinggi Katolik selama tiga tahun.

Patrick J Lott yang ditahan minggu lalu, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat mandi pelajar di Sekolah Tinggi Immaculata di Sommervile sejak Januari 2008. 
Dia tidak membuat rayuan.

Pejabat Pendakwa Raya berkata, kira-kira 22 mangsa dan sembilan pelajar lelaki yang dikenal pasti dalam rakaman video itu masih di bawah 16 tahun. Untuk melindungi identiti semua mangsa, mereka hanya dikenali melalui abjad nama awal dalam fail mahkamah.

Lott, 54, adalah pembantu pengetua di sebuah sekolah menengah awam yang lain dan menjadi sukarelawan di sekolah tinggi Katolik itu. Pihak berkuasa tidak memberi maklumat lanjut mengenai jawatan sukarelawan yang dipegang di sana. Kakitangan sekolah memberitahu pendakwa, mereka menerima aduan mengenai perbuatan tidak sopan Lott dan kemudian menghalang dia daripada mengikuti aktiviti keagamaan di sekolah itu.

Pendakwa raya, Geoffrey Soriano, berkata video pelajar lelaki mandi itu ditemui setelah rumah Lott digeledah oleh polis pada 13 dan 16 Disember lalu. Polis kemudian menemui lokasi kamera itu diletakkan secara tersembunyi di sekolah itu. Lott tidak bercakap banyak ketika berada di mahkamah. Peguamnya, James Wronko, tidak hadir dan tidak menjawab telefon untuk mendapatkan komen.

Lott adalah pendidik yang sudah lama berkhidmat dan sangat aktif dalam politik tempatan dan wilayah. Dia juga dilaporkan pernah bertugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Republican Somerville. Mahkamah meletakkan ikat jamin sebanyak RM1.6 juta dengan syarat dia tidak menghubungi kanak-kanak di bawah 16 tahun, pelajar lelaki di dalam video atau pengawai atau pekerja di Immaculata. 

Lott didakwa atas 22 kesalahan melanggar privasi, satu untuk setiap mangsa. Dia turut didakwa atas 24 kesalahan membahayakan kebajikan kanak-kanak, kata Jurucakap pejabat Pendakwa Raya, Jack Bennet. -AP

*Memalukan bangsa dan agama je lah orang ni. Sah ada masalah mental.
  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$

Tiada ulasan: