Belajarlah mengawal kesabaran diri sebelum memakan diri. Inilah yang berlaku di sebuah klinik swasta di Georgetown, Penang apabila seorang lelaki warga emas bakal menghadapi tindakan undang-undang selepas menikam doktor kerana hilang sabar. Laporan oleh myMetro online.
Suspek yang diikat sebelum diserah kepada polis. (sumber: hMetro) |
GEORGETOWN: Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan.
Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.
Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.
Bahagian tulang rusuk doktor yang ditikam. (sumber: hmetro) |
Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.
*Namun sebenarnya jika dilihat secara umum, warga emas sepatutnya mendapat layanan istimewa. Biasanya warga emas tak perlu beratur untuk mendapatkan rawatan terutamanya di hospital kerajaan. Tapi polisi kerajaan dengan swasta adalah berbeza. Mungkin warga emas tersebut tersilap tafsir kot. Mungkin dia ingat dia tak perlu beratur jika ingin mendapatkan rawatan di semua hospital. Lagipun, sepatutnya seseorang perlu menegur dan memberikan penerangan kepada warga emas tersebut tentang prosedur sebelum mendapatkan rawatan di hospital swasta itu.
- Pergi test-drive kereta volkswagon dan anda mungkin dapat iPhone percuma! Cekidaout!
- Nak pergi Jerman tak? Dapat free RM10k lagi tau! Check sekarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan