Sinopsis filem Suatu Malam Kubur Berasap | Filem Melayu terbaru Disember 2011 | Boros Di Aralom

Selasa, 20 Disember 2011

Sinopsis filem Suatu Malam Kubur Berasap | Filem Melayu terbaru Disember 2011

Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Seram
Durasi : 90 min
Tarikh Tayangan : 22 Disember 2011

Babak dalam Suatu Malam Kubur Berasap
Filem arahan Ernie Chen dan diterbitkan oleh Outloud Studios Sdn Bhd ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? 
Atan (Angah RL) dalam aksi SMKB.
Saksikan kesudahan filem Suatu Malam Kubur Berasap ini di pawagam bermula 22 Disember 2011.
(Sumber: sinemamalaysia.com.my)

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: