Rosyam Nor Jadi Petani? | Boros Di Aralom

Rabu, 14 Disember 2011

Rosyam Nor Jadi Petani?

Ya, bukan petani biasa tapi petani moden dengan modal pelaburan hampir RM1 juta. Rosyam Nor dikatakan ingin menjadi ikon pertanian di Malaysia terutamanya kepada golongan muda. Rosyam Nor  telah membuka projek tanaman nagka madu berkeluasan 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lachang, Temerloh. 
Rosyam Nor dengan pertaniannya.
Bagaimanapun, Rosyam telah menyuarakan perasaan kecewa kerana bidang baru yang diceburinya itu dipandang sepi pada awalnya sehingga dia hampir berputus asa. Namun atas dorongan rakan-rakan, dia bangkit semula dan meneruskan usahanya itu. Kini, ladangnya hampir membuahkan hasil setelah setahun dimulakan. 

Selain nangka madu, Rosyam juga turut mengusahakan tanaman lain seperti durian belanda, pisang, dan mangga di kawasan ladang yang sama. Didorong dengan keinginan yang tinggi untuk memberi motivasi kepada golongan muda untuk menceburi bidang ini, Rosyam menegaskan bahawa bidang ini sangat menguntungkan sekiranya dilakukan dengan usaha yang tinggi.
Buah nangka madu. (Gambar hiasan)
Walaupun pertanian bukanlah bidang utama perniagaan Rosyam Nor, dia bertekad untuk membuktikan pada semua bahawa dia juga boleh berjaya dalam bidang ini selain dari bidang lakonan. (Sumber: ohartis.com)

  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Tiada ulasan: