Kenapa saya tetiba suka tengok drama Tentang Dhia? | Boros Di Aralom

Khamis, 29 Disember 2011

Kenapa saya tetiba suka tengok drama Tentang Dhia?

Macam la tak da cerita lain nak tulis kan. Tapi disebabkan tadi adalah last episod drama Tentang Dhia ni, sy pun teringin nak share sedikit pandangan dan review walaupun pandangan saya ni agak kabur dan tak dialu-alukan..huhu..
Pelakon utama Ady Putra sebagai Zikir dan Nora Danish sebagai Dhia dalam drama Tentang Dhia.
Kenapa tetiba pulak saya suka tengok cerita Melayu ni? sebenarnya sejak saya sering tinggal tidur kat rumah kakak, sejak itu lah saya tengok drama ni. Memula memang tak berapa suka tengok sebab memang tak suka tengok filem tempatan. Lebih banyak tengok drama Indon dan drama Korea.

Tapi kan, disebabkan hari-hari 'terpaksa' tengok drama Tentang Dhia, maka mula lah timbul rasa 'ketagihan' nak nonton. Pasal apa 'terpaksa' tengok? sebab hanya ada chanel TV3 kat rumah kakak saya. Bukan tak mampun beli yang banyak chanel, tapi kata dorang, tak mau bebudak terlalu banyak tengok TV. Lagi pun sejak Astro dorang rosak, maka TV3 je la teman setia setiap hari. Dari Selamat Pagi Malaysia, NONA, Conan, Bella, Putri yang Ditukar, Tentang Dhia, Buletin Utama, dan sampailah ke Bersamamu. Agaknya drama pengganti Tentang Dhia lepas ni pun bakal jadi 'ketagihan' juga untuk tengok kot. 

Apa pun, drama ni memang best, ending yang unik, dua-dua pelakon utama mati. Masa tengok tadi pun agak puas juga lah. Cuma masih tertanya apa yang terjadi kat mak mertua Dhia yang guna bomoh tu. Buat saya geram je. Tapi saya memang tabik la dengan drama ni. Antara drama Melayu terbaik pernah saya tengok.

Sekian. Majulah filem untuk negara.

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda berjaya dalam perniagaan onlineDownload Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 

2 ulasan:

Qaseh Suhaida berkata...

betul2 endingyg mmg langsung tidak dijangka...
akhirnya zikir dan dhia bersama untuk selamanya di syurga.

Nancypoh berkata...

Qaseh* ya..sy pun tak sangka endingnya macam tu..suspen juga bila c zikir pun meninggal..huhu