Peniaga hidangkan ayam yang tidak halal? | Boros Di Aralom

Sabtu, 31 Disember 2011

Peniaga hidangkan ayam yang tidak halal?

Keadaan restoran tersebut
PETALING JAYA: Seorang peniaga makanan di Medan Selera Farlim Jalan PJS 8/9, Bandar Sunway, di sini, mengejutkan ramai pelanggan dengan membuat kecoh apabila enggan memberikan kerjasama ketika pegawai Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) melakukan pemeriksaan terhadap kedainya. Bagaimanapun, kekecohannya itu bersebab apabila siasatan mendapati dia memperoleh bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam yang diragui halalnya.

Malah, ketika resit ayam diminta, dia cuba mengalih perbualan dengan menyuruh LPKPM memeriksa premis lain yang bermasalah.

Hasil siasatan mendapati, peniaga terbabit memang mengambil bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam, namun dia enggan bekerjasama.

Malah, keadaan dapur peniaga terbabit kotor dan sampah dipenuhi lalat.

Operasi kali pertama yang dilakukan LPKPM dengan kerjasama penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bertujuan memastikan peniaga Islam mempamerkan logo halal di samping menjaga kebersihan premis masing-masing.

Ketua Pegawai LPKPM, Sharifah Mat Nor Rashid, ketika ditemui berkata, pihaknya perlu tegas dengan masalah itu dan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak terbabit seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

*Adoi..kotornya dapur dia..kalau macam ni la cara orang nak berniaga, memang susah nak maju. Harapkan untung je lebih.
  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

2 ulasan:

Shafiq berkata...

mak aih... tak patutlah camni... Halal Haram main redah je..

WaWa Green berkata...

Err~ gelinyer...dah la kotor.. ape la perangai kedai melayu tapi amik bekalan ayam dari non-muslim yg diragui status halalnyer.. xpatut laa.. xtakut dosa ke dah la bagi orang ramai makan. Halal tue bukan saja barangan yg digunakan harus halal tapi cara penyediaan nyer pon haruslah bersih & suci. Kedai nie mesti dapat gred C ni. ^_^