Jika anda sedang berjauhan dengan teman lelaki secara sementara sahaja atau berjauhan kerana sudah berpisah, ianya mungkin sesuatu yang membawa sengsara (dalaman) kepada kedua-dua pihak. Jika anda ingin mengetahui sama ada bekas teman lelaki anda itu merindui anda atau tidak, ianya boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda berikut.
Sering Menghubungi Anda
Jika bekas teman lelaki sering menghubungi anda, ianya menandakan bahawa dia sering merindui anda dan tidak mahu berjauhan dengan anda. Ini termasuklah apabila si dia memasukkan mesej pertama dalam emel, pesanan ringkas, dan panggilan telfon dengan perkataan "hi". Si dia nampaknya mempunyai keinginan untuk meneruskan sesuatu komunikasi itu terbuka di dalam kehidupan anda. Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta kepada seorang wanita, dia biasanya akan sering menghubungi wanita itu supaya agendanya tidak lari. Namun harus waspada kepada lelaki yang hanya tertarik dengan tarikan fizikal atau harta kerana dia juga mungkin hanya mahu menggunakan anda demi kepentingan dirinya.
Keterbukaan
Apabila anda bertanya khabar kepada bekas teman lelaki anda dan dia menjawabnya dengan terbuka dan tulus, si dia mungkin sedang memberikan signal kepada anda bahawa dia merindui anda. Jika dia jujur mengenai perasaannya dengan anda, ini mungkin menandakan bahawa dia masih merasakan dirinya sebagai sepasangan dengan anda.
Ingin Berjumpa
Jika bekas teman lelaki anda menunjukkan keinginan yang serius untuk berjumpa dengan anda sekali lagi secara bersemuka, secara asasnya dia sedang memberitahu anda bahawa dia merindui anda dan ingin kembali bersama. Dia menunjukkan bahawa dia seronok bersama dengan anda dan sentiasa mahu bersama di samping anda.
Menunjuk-nunjuk
Jika bekas teman lelaki anda itu seorang yang tidak suka berterus terang, dia mungkin akan cuba untuk memenangi hati anda semula dengan cara menunjuk-nunjuk. Jika dia inginkan perhatian yang serius daripada anda, dia mungkin akan memberitahu anda bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk menyertai acara-acara yang mencabar seperti skydiving dan triathlon. Dia juga mungkin bermegah-megah dengan kenaikan pangkat yang baru diperoleh. Kesemua ini merujuk kepada keinginan seseorang yang ingin meminta perhatian.
Sahabat dan Keluarga
Satu lagi keadaan yang menunjukkan bahawa bekas teman lelaki anda itu ingin kembali kepada anda ialah apabila dia cuba-cuba untuk rapat dengan para sahabat anda serta keluarga anda terutamanya dengan mereka yang si dia tak pernah rapat sebelum ini. Ini adalah salah satu usaha si dia untuk mencari alasan untuk kembali kepada anda dan seterusnya dapat berjumpa dengan anda. Jika secara tiba-tiba si dia mengajak salah seorang teman rapat atau ahli keluarga anda keluar, ini menandakan bahawa dia merindui anda.
Pujian
Jika anda mendapati terdapat sedikit perubahan dalam personaliti bekas teman lelaki anda, contohnya sering memuji, dia mungkin sedang cuba untuk memikat anda. Contohnya dia memuji rambut atau pakaian anda. Adalah susah untuk sesetengah lelaki untuk memberikan pujian dan apabila perkara ini berlaku, anda perlu mengambil perhatian.
Kehidupan Percintaan
Jika si dia menunjukkan minat yang mendalam terhadap kehidupan percintaan anda, sudah tentu si dia merindui dan mahu kembali kepada anda. Jika dia sering bertanya apakah anda sedang berpacaran dengan seseorang atau menunjukkan rasa cemburu apabila anda menyebut tentang lelaki lain yang berpotensi untuk menjadi pasangan baru anda, itu lah dia petandanya. Dia mahu kembali dan ingin berada dalam dunia anda.
(Sumber: Lars Tramilton)
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan