Whoa...biar betol kucing ni. Ini lah dia kucing yang bernama Tomasso, seekor kucing hitam yang merupakan haiwan 'paling bertuah' di muka bumi. Menurut laman web The Telegraph, Tomasso menjadi pewaris kepada harta pemiliknya yang bernilai 10 juta euro (USD 8.5 juta).
Tomasso, kucing kurap yang kini kaya-raya. |
Tomasso yang berusia 4 tahun ini dahulunya merupakan seekor kucing kurap jalanan di Rome, Itali, yang diselamatkan oleh seorang wanita tua yang bernama Maria Assunta. Maria adalah balu kepada seorang taikun ternama namun mereka tidak dikurniakan anak. Pada November tahun 2009, Maria telah menulis surat wasiatnya yang menyatakan Tomasso sebagai pewaris tunggal seluruh hartanya.
Maria telah meninggal dua minggu lalu di sebuah hospital di Itali. Sepanjang terlantar di hospital, wanita ini telah dijaga dengan rapi oleh seorang jururawat bernama Stefania yang menjelaskan bahawa dia langsung tidak tahu betapa kayanya Maria. Sebelum meninggal, Maria pernah menyatakan bahawa dia telah mengalami kesunyian yang amat sangat selama hayatnya.
Kini, Tomasso dijaga di sebuah rumah yang tidak didedahkan namanya untuk menjaga keselematan kucing itu daripada orang-orang jahat yang ingin mengambil kesempatan.
*Kaya tapi sunyi..kucing la yang untung. Cerita kucing ni boleh buat filem la..
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG
1 ulasan:
Untungla
Catat Ulasan