Barisan Pelakon dan sinopsis Ombak Rindu | Filem yang mengalahkan kutipan Twilight | Boros Di Aralom

Rabu, 7 Disember 2011

Barisan Pelakon dan sinopsis Ombak Rindu | Filem yang mengalahkan kutipan Twilight

Whoa..memang gempakk la filem Ombak Rindu ni. Baru sahaja enam hari ditayangkan di panggung, kutipan sudah mencecah RM5.2 juta. Filem ini juga mengalahkan filem femes Hollywood "The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1" dari segi kutipan. Berikut merupakan barisan pelakon filem Ombak Rindu arahan Osman Ali ini:
Barisan pelakon dan produser Ombak Rindu. (Sumber: Malaysiadigest.com)
Filem ini dibarisi ole pelakon-pelakon hebat iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bronte Palare, Zaidi Omar, Azizah Mahzan dan banyak lagi. Filem Ombak Rindu ini sememangnya telah menjadi satu fenomena baru dalam industri perfileman negara. Dengan babak-babak 'mengancam' serta penuh emosi, ia telah memikat hati banyak penonton yang membanjiri panggung-panggung di seluruh negara.
Antara adegan romantis dalam filem Ombak Rindu. (Sumber: gvishnu.com)
SINOPSIS  OMBAK RINDU 2011 | Izzah, uztazah disebuah kampung diperdaya dan dijual pakciknya ke pusat pelacuran dengan alasan mencari wang untuk pembedahan makciknya. Hariz, pelanggan lelaki ‘playboy’ pertamanya telah dirayu untuk menikahinya demi menyelamatkannya dari sarang maksiat. Hariz menikahi Izzah dan membawanya pulang, sesuatu perkara murni yang lama tak dilakukannya. Tanpa sedar, Hariz jatuh cinta pada izzah dan ingin putuskan pertunangan yang diatur keluarganya bersama teman sekolahnya, Mila. Tekanan keluarga menjadikan episode cinta tiga segi ini bertambah menarik dan menekan emosi. (Sumber: ammboi.com)

Tiada ulasan: