Inilah dia DJ Tiesto yang bakal mengadakan show kat Malaysia | Boros Di Aralom

Jumaat, 9 Disember 2011

Inilah dia DJ Tiesto yang bakal mengadakan show kat Malaysia

Mungkin ramai yang dah tahu kan pasal DJ Tiesto ni akan buat persembahan kat Sepang pada 10 December 2011 ni..siapa DJ Tiesto
DJ Tiesto in action.
Nama penuh DJ Tiesto ini ialah Tijs Michiel Verwest dan lahir pada 17 Januari 1969 di Breda, north Brabant, Netherlands...oooo..orang Belanda rupanya. Juga dikenali sebagai Allure, Da Joker, Drumfire, Handover, Cirdcuit, Paradise In Dubs, Passanger, Rose, Steve Forte Rio, Stray Dog, Tom Ace, dan Wild Bunch..ayoo, banyaknya nama timangan. Biasa lah..artis kan.

DJ Tiesto telah diundi sebagai "The Greatest DJ Of All Time" oleh Mixmag. Sebelum ini, dia pernah bekerjasama dengan artis-artis ternama seperti Nelly Furtado. Yeah Yeah Yeahs, Goldfrapp, Busta Rhymes dan banyak lagi. Selain itu, jelajah "The Kaleidoscope World Tour" yang dilangsungkan sepanjang 15 bulan di 6 benua dan telah menghiburkan lebih 1,000,000 penonton telah menempatkan DJ Tiesto dalam Billboard's Top 25 biggest grossing acts pada tahun 2010.
DJ Tiesto dalam Dance4life di Afrika pada tahun 2007
Rupanya DJ Tiesto ni bukan calang-calang orangnya. Para peminat di Malaysia juga akan berpeluang untuk menyaksikan kehebatan DJ Tiesto ini pada 10 Disember 2011 di Sepang..besok la..CHECK TICKET 

1 ulasan:

husni berkata...

Selamat Datang ke Malaysia. Ops ak rasa Dj tu tak paham. Wlcmne to Malaysia.