Perbezaan antara perkhawinan moden dan perkhawinan tradisional di Barat | Boros Di Aralom

Khamis, 22 Disember 2011

Perbezaan antara perkhawinan moden dan perkhawinan tradisional di Barat

Institusi perkhawinan telah mengalami perubahan seiring dengan peredaran zaman. Bila kita lihat perkhawinan sekarang dan perkhawinan zaman nenek moyang kita dulu, memang banyak bezanya. Tak dinafikan bahawa peningkatan mendadak golongan wanita yang semakin memonopoli pelbagai bidang juga menyumbang kepada perubahan institusi perkhawinan ini. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dijelaskan tentang perbezaan antara perkhawinan moden dan perkhawinan tradisional khasnya di Barat.
Victorian marriage
Kenapa wanita berkhawin
Semasa era Victoria, golongan wanita berkhawin kerana mereka tidak mempunyai kemahiran atau latihan yang cukup untuk bekerja selain daripada menjadi suri rumah. Golongan wanita muda diajar bagaimana menguruskan rumah serta bagaimana mengekalkan kecantikan untuk memikat suami. Berbeza dengan zaman moden kini yang menampakkan penguasan golongan wanita dalam semua bidang setara dengan lelaki. Oleh itu, sebab wanita berkhawin kini lebih kepada keinginan mereka sendiri yang ingin dipuaskan melalui berkeluarga berbanding dulu yang bertujuan untuk meminta sokongan nafkah hidup dari suami sahaja. 

Perceraian
Isu perceraan adalah bersifat tabu atau pantang ketika zaman Victoria. Jika pasangan suami isteri ingin bercerai, mereka tetap sahaja kekal sebagai suami isteri tetapi akan tinggal berasingan. Masalah keluarga pula tidak boleh dibincangkan secara terbuka. Berbeza dengan sekarang. Perkhawinan bebas dibincangkan dan manusia bebas sama ada mahu bercerai atau tidak, rujuk semula atau berkhawin lain.

Perbezaan antara perkhawinan moden dan perkhawinan tradisional di Barat

Zuriat Perkhawinan
Zuriat selepas berkhawin sangat ditekankan semasa zaman Victoria. Sesiapa yang baru berkhawin diharuskan untuk mendapatkan anak secepat yang boleh. Jika pasangan itu gagal mencapatkan zuriat, pasangan tersebut dikatakan malang atau pelik. Kini, terserah kepada pasangan sama ada mahu anak cepat atau tidak. Suami isteri sekarang kebanyakkannya merancang keluarga berapa dan bila masa yang sesuai untuk mendapatkan anak.

Hak Wanita
Hak ini sangat berbeza ketika zaman tradisional dan moden. Wanita langsung tidak mempunyai hak ke atas harta ketika zaman Victoria. Setiap harta atau aset yang dibawa oleh si wanita selepas berkhawin akan terus menjadi hak suami. Jika berlaku perpisahan, si suami lah yang akan mendapat hak milik ke atas harta, aset, dan anak-anak. Perkhawinan moden memperlihatkan hak milik sesuatu harta atau aset itu adalah milik individu yang tertulis di dalam kertas undang-undang. Ianya tak mengira status perkhawinan. Semuanya sekarang ditentukan oleh undang-undang. Jika si wanita mempunyai harta maka harta itu adalah hak dia selagi dia menjadi pemegang sah dalam kertas hak milik. 

Demikianlah erbezaan antara perkhawinan moden dan perkhawinan tradisional di Barat. Di Malaysia, terdapat satu adat yang menjadi undang-undang unik yang masih dikekalkan sehingga kini iaitu Adat Perpatih dan Temenggung. Jika anda seorang wanita dari Negeri Sembilan, memang untunglah anda. 

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

good article :D
very informative ..

Seri berkata...

peraturan yang sungguh mengenepikan hak seorang wanita...