Tanda-tanda lelaki jatuh cinta pada pandangan pertama | Boros Di Aralom

Rabu, 14 Disember 2011

Tanda-tanda lelaki jatuh cinta pada pandangan pertama

Agak sukar untuk mengetahui jika seseorang itu telah jatuh cinta dengan anda. Tidak ada formula untuk cinta dan setiap orang mempunyai caranya tersendiri bagaimana mereka jatuh cinta. Namun, terdapat beberapa karakteristik umum yang menunjukkan bahawa seseorang itu mungkin telah jatuh cinta dengan anda. Bahasa badan menandakan sesuatu dalam perkara ini. 

Mata
Satu daripada tanda-tanda umum yang menunjukkan bahawa si lelaki telah jatuh cinta pada pandangan pertama ialah bila si lelaki sering memandang anda tanpa berkelip mata. Mungkinkah ini tanda cinta pandang pertama? Biasanya keghairahan sang mata ini disertai dengan bahasa badan yang lain seperti mulut terbuka dan senyuman. Orang itu juga kekadang berhenti terus ketika saja melihat anda dan terus memandang anda.

Asertif
Kadang-kadang cinta pandang pertama membolehkan seseorang itu menjadi lebih bertenaga untuk bercakap mengenai objek yang anda suka. Sikap asertif tersebut boleh dibezakan dari perbualan yang rancak kepada penyataan terus mengenai cinta. Namun kena berhati-hati kerana banyak lelaki yang menjadi asertif dengan anda untuk tujuan lain.

Perasaan dan Sikap Malu
Rasa malu juga boleh menjadi petanda kepada cinta pandang pertama. Ketidakupayaan untuk meneruskan kontak mata dan kesukaran untuk bercakap keduanya boleh menjadi petanda bahawa orang itu sedang dilamun cinta. Perasaan yang dimiliki oleh si lelaki boleh merencatkan fungsi sosial normalnya dan mengubah dia seperti kanak-kanak. Si lelaki berkemungkinan besar akan berhadapan dengan kesukaran untuk bersosial.

Janggal dan kekok
Kejanggalan dan rasa kekok adalah petanda terbaik kepada penarikan (attraction). Kerana perasaan telah diperbaharui, si lelaki meletakkan satu kepentingan yang tinggi dalam membuat impresi yang baik. Keadaan ini menyebabkan si lelaki sukar berkelakuan secara natural dek kerana mencuba berkelakuan beberapa kelakuan baru yang dirasakannya boleh menarik perhatian si wanita. 
(Sumber: Erik Kristian)

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: