Haish..masih lagi ada golongan yang menggunakan taktik ini untuk menguasai hati si gadis ya. Memang tak patut..silap haribulan, jampi tu makan tuannya. Laporan dipetik dari myMetro.
KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.
“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.
Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.
Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.
*Benda-benda macam ni boleh saja dielakkan seandainya seseorang itu mempunyai pegangan dan kesetian kepada kepercayaan agamanya. Ini kerana tiada satu pun kuasa di bumi, cakrawala, dan alam ghaib yang dapat menandingi kuasa Dia yang Maha Esa.
- Info Pelik Mengenai Samsung Galaxy ke tu?NAK TAHU JUGA
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
- Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan