Apa yang boleh menyebabkan tekanan | Cara menghadapi tekanan dengan sihat | Boros Di Aralom

Selasa, 13 Disember 2011

Apa yang boleh menyebabkan tekanan | Cara menghadapi tekanan dengan sihat

Tekanan merupakan satu tindakbalas fizikal dan mental terhadap sesuatu ancaman. Adalah penting untuk kita mengetahui dan memahami apakah penyebab yang membawa kepada tekanan sekiranya ingin mengenalpasti cara penyelesaian terbaik. Tekanan juga merupakan satu faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung dan melumpuhkan sistem imunisasi. Mengurus tekanan adalah penting untuk kesihatan yang baik.

Terdapat dua kategori utama tekanan iaitu tekanan akut dan tekanan kronik. Tekanan akut adalah tindakbalas yang boleh berubah atau tetap secara mendalam. Tekanan akut pula berlaku disebabkan oleh tekanan akut yang berpanjangan.

Penyebab luaran
Antara penyebab yang membawa kepada tekanan termasuklah kematian orang tersayang, perceraian, penyakit, kehilangan pekerjaan dan perpindahan. Peristiwa pahit utama yang berlaku dalam kehidupan akan membuat seseorang itu begitu sedih dan kecewa. Seterusnya akan menyebabkan perubahan simptom dan fizikal.

Penyebab dalaman
terdapat pengaruh dalaman yang membina tindakbalas tekanan. Contohnya, pesimism dan perfectionism akan membuatkan seseorang itu mudah tertekan apabila mengalami pengalaman hidup yang tidak memenuhi jangkaan mereka.

Simptom-simptom
Penyebab luaran kepada tekanan mudah dikenalpasti tetapi penyebab dalaman adalah lebih rumit untuk didiagnosis. Simptom-simptom umum kepada tekanan termasuklah masalah memori, mudah tersinggung, selalu bersikap dingin, serta terlalu banyak atau kurang makan.

Pencegahan
Pengurusan tekanan membolehkan sesorang itu untuk menghadapi tekanan dengan cara yang lebih sihat. Berhati-hatilah dengan simptom fizikal dan cara penyelesaian masalah yang tidak sihat seperti pengambilan alkohol. Pergilah beriadah, berjalan di taman, joging atau mengikuti kelas Yoga. Jadikan ia sebagai gaya hidup.

(Sumber: Alyson Paige)

1 ulasan:

Kak Eiza berkata...

lawatan balas dan thanks for sharing Nancy dari mamaLUV;)