Atuk nenek adalah orang terpenting dalam hidup kita. Tiada mereka maka tiadalah mak bapa kita. Tiada mak bapa kita maka tiadalah kita. Bagaimanakah anda menghargai datuk dan nenek anda? Apakah hadiah terbaik yang pernah anda berikan kepada mereka? Memandangkan Hari Krismas akan datang tak lama lagi maka elok benarlah (bagi mereka yang menyambut) untuk memikirkan apakan hadiah terbaik lagi kreatif yang sesuai dihadiahkan kepada atuk dan nenek. Di sini terdapat bebarapa idea hadiah Krismas kreatif untuk datuk dan nenek yang boleh anda lakukan.
(sekadar gambar hiasan) |
Hadiah Personal
Biasanya kita akan mengambil gambar bersama keluarga dan memasukkannya ke dalam frame untuk dijadikan sebagai hadiah. Itu perkara biasa. Cuba kreatifkan lagi hadiah tersebut dengan menghantar gambar keluarga anda ke mana-mana pusat souvenir atau ke laman web seperti Zazzle, CafePress dan ArtsNow. Mereka akan menambahkan gambar tersebut ke mug kopi, t-shirt, jam tangan, topi, teddy bear, atau bantal mengikut citarasa anda. Barangan yang diedit secara personal ini boleh dijadikan sebagai hadiah kreatif kepada datuk dan nenek anda.
Berkarya
Jika anda seorang yang pandai mengolah kata-kata seperti bersajak, pantun, atau syair, ciptalah satu khas untuk datuk dan nenek anda sebagai hadiah Krismas. Abadikan karya anda itu di dalam sebuah frame. Jika anda boleh compose lagu, ciptalah sebuah lagu khas dan nyanyikan di depan mereka. Atau anda boleh mengabadikan lagu tersebut sebagai MP3 atau ke dalam CD supaya mereka boleh mendengarnya bila-bila masa.
Hadiah Memori
Krismas menjadi salah satu hari yang baik di mana datu dan nenek kita biasanya akan bercerita mengenai pengalaman-pengalaman Krismas mereka yang lalu bersama keluarga. Kenangan pahit dan manis diceritakan semua. Salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita menghargai semua pengorbanan mereka ialah dengan membuat slide show gambar atau video tentang semua kenangan manis bersama sebelum ini. Anda juga boleh menyertakan lagu kegemaran datau dan nenek anda sepanjang slide show. Ambil masa bersama seluruh keluarga untuk menontonnya.
Makan Malam
Sebagai hadiah Krismas, anda boleh merancang dinner yang romantik untuk kedua datuk nenek anda. Pilih tempat yang sunyi dan private untuk mereka. Pesan makanan dan minuman kegemaran mereka. Boleh juga meletakkan lilin dan bunga di tengah-tengah meja makan. Untuk lebih sweet lagi, tempahlah kumpulan muzik untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka. Tapi idea ini biasanya memakan belanja yang banyak.
Sebenarnya, idea-idea hadiah Krismas kreatif untuk datuk dan nenek anda di atas pun boleh juga dilakukan pada hari-hari penting lain seperti Birthday, Ulangtahun perkhawinan, Hari Kesyukuran dan sebagainya.
Akhir sekali, selamat menyambut Hari Krismas kepada semua rakan dan keluarga yang merayakan Natal tahun ini. Merry Christmas 2011 and Happy New Year 2012. Apa azam baru?
- Info Pelik Mengenai Samsung Galaxy ke tu?NAK TAHU JUGA
- Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan