Beginilah kehidupan Raja Pop Malaysia ini yang sering dihujani dengan kontroversi penyalahgunaan dadah. Menurut myMetro hari ini, Jamal mengakui telah meninggalkan Rumah Pengasih selepas 5 tahun menjadi penghuni untuk hidup "berdikari" di luar.
Penyanyi yang mendapat gelaran Raja Pop Malaysia itu secara sukarela mahu tinggal di luar dan menyatakan hasratnya kepada Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, Isnin lalu. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali yang dihubungi Harian Metro menerusi SMS mengakui dia sudah tinggal di luar, namun tidak menyatakan sejak bila.
“Saya sudah tinggal di luar, cuma ada beberapa barang peribadi yang belum diambil. Insya-Allah, saya sudah jumpa Yunus minta tangguh sampai hujung bulan untuk beredar sepenuhnya.
Jamal Abdillah. (Sumber gambar: mstar.com.my) |
*Jamal oh Jamal...lagumu sehebat likumu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan