Memang indah bila sedang dilamun cinta sehingga ada yang makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Namun bila percintaan itu putus tengah jalan atau tergantung setengah tiang, memang sangat mengecewakan sampai ada yang melakukan hal-hal 'bodoh'. Oleh itu adalah penting untuk pasangan itu berusaha untuk mengekalkan malah menyuburkan rasa cinta masing-masing agar perhubungan kekal abadi.
Give more love, less hate |
Pertama sekali, sentiasalah ingat akan si dia. Bagaimana paras rupanya, ada janggut ke? ada misai ke? apa warna matanya, dan apakah semua itu membolehkan anda tersenyum? jika ya, memang sah, anda sedang dilamun cinta.
Seterusnya, fikirkan mengenai tempat tinggal si dia. Bagaimana keadaannya beserta barang-barang yang ada di dalamnya yang bukan milik anda. Jika anda tidak dapat membayangkan kehidupan bersamanya maka ini menandakan bahawa anda masih belum bersedia hidup dengannya.
Fikirkan tentang haiwan peliharaannya. Adakah dia mempunyai kucing yang comel? Adakah anda bersedia hidup dengan si dia bersama dengan haiwan peliharaannya? adakah anda ambil kisah dengan si haiwan yang mungkin busuk dan 'bodoh' itu? Jika ya, ada memang bersedia hidup dengannya. Tetapi jika anda seorang pencinta haiwan, perkara ini memang sangat mudah untuk anda.
Lagi satu, keraplah mengunjungi si dia terutamanya selepas dia baru balik dari gim, atau baru membersihkan laman rumah, atau baru bangun, atau apa-apa saja yang menjadikan si dia berbau kurang menyenangkan. Jika anda mencintai dia, sudah tentu anda tidak kisah dengan bau-bauan yang kurang menyelesakan tersebut malah masih tetap tersenyum ketika melihat si dia dalam keadaan fizikal yang teruk. Hal ini merujuk kepada penerimaan tanpa syarat kepada pasangan anda.
Akhir sekali, bayangkan keadaan hidup anda tanpa keahadiran si dia, haiwan peliiharaannya yang kotor, dan ruang dalam rumahnya yang berselerak. Bolehkah anda membayangkannya? Adakah ia membuatkan anda sedih? Jika anda merasa kehilangan semasa membayangkannya maka memang sah anda sudah memberikan sepenuh jiwa raga anda kepada pasangan walaupun keadaan pasangan anda itu tidaklah sesempurna orang lain.
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan