Kes judi berulang di tempat sama...pihak berkuasa buat apa? | Boros Di Aralom

Sabtu, 25 Januari 2014

Kes judi berulang di tempat sama...pihak berkuasa buat apa?

Hairan lah dengan penguatkuasaan kat Malaysia ni..entah mana silapnya..rasuah kot..hoho..dah terang lagi nak bersuluh.

Ini kes judi 'terbaru' yang berlaku di tempat sama..dikatakan bahawa port ini dah kena serbu berkali-kali..tapi kenapa masih berulang-ulang? Ni mesti belum tangkap sang 'jerung' lagi kan..kalau sekadar serbu dan tangkap jer tapi tak der tindakan undang-undang yang lebih berat, memang lah dorang tak kan serik..apa lagi kalau sekadar ditangkap, bawa p balai, buat report, bayar ikat jamin ciput, then dilepaskan begitu sahaja..yang kaki judi ni pun satu hal..bila kalah, hutang sana sini..bila tak dapat bayar hutang..pergi bunuh diri..kalau setakat bunuh diri sendiri tak per lah..tapi ini siap bunuh semua ahli keluarga lagi..

Antara kaki judi yang dicekup (Foto: myMetro)
Tanjong Karang: Impian 14 lelaki menjadi ‘orang kaya segera’ menjelang Tahun Baru Cina tidak kesampaian apabila mereka ditahan pihak berkuasa ketika leka berjudi dalam sebuah pondok di tepi pantai Bagan, di sini, awal pagi semalam. 
Lelaki tempatan berusia antara 35 dan 60 tahun itu terperangkap selepas ‘port’ yang sering dijadikan tempat untuk berjudi diserbu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor jam 2.30 pagi.  Difahamkan, aktiviti perjudian jenis ‘pai kau’ menggunakan cip bernilai antara RM50 dan RM500 dan ia dikesan mula aktif sejak seminggu lalu, namun hanya dibuka pada hari tertentu kerana bimbang dikesan pihak berkuasa.  
Antara yang ditahan adalah penduduk tempatan di daerah berkenaan dan mereka akan bertaruh antara RM500 hingga RM100,000 dan jumlah taruhan semakin lumayan jika lebih ramai pemain yang mencuba nasib. Berdasarkan risikan, ada juga pemain judi yang datang dari Banting dan Kuala Lumpur, namun hanya individu tertentu saja dibenarkan bermain kerana bimbang ‘rahsia’ pondok berkenaan diketahui umum.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM15,230 yang dipercayai wang taruhan selain pelbagai peralatan perjudian seperti dadu, piring dan cawan.  
“Siasatan mendapati aktiviti perjudian ini bermula sejak seminggu lalu, namun waktu operasinya tidak konsisten kerana penganjur dan pemain bimbang ditahan pihak berkuasa.  
“Ini kerana kawasan berkenaan sudah diserbu beberapa kali tahun lalu, namun penganjurnya masih berdegil,” katanya. - myMetro

Apasal para penjudi luar daerah ni tak pergi ke Genting Highland saja..sana kan pusat perjudian terbesar kat Malaysia ni..memang tak kan diserbu punya sebab sana lagi banyak 'jerung' yang ditakuti pihak berkuasa..samalah juga dengan kes kelab malam tak berlesen tu kan..tiap minggu jadi modal untuk disiarkan kat 999..tapi kes tak juga berkurang..malah makin bertambah pulak! 

Tapi jangan risau, menteri ada cakap...'Malaysia masih aman'..wtf!!

>> Anda nak tengok cara orang sebenar orang Malaysia berkawan? tengok lah video ringkas dan funny ini 


Tiada ulasan: