Sandiwara apakah lagi ini...Pilihan Raya dah lepas enam bulan lalu...calon PKR Kajang time tu dah menang..tapi letak jawatan sebab nak bagi laluan kepada Anwar untuk bertanding..katanya, ini adalah taktik untuk melawan kerajaan Be End..anyway, kita tunggu dan lihat, siapa pilihan rakyat Kajang...dilema juga rakyat Kajang ni tau..nak pilih Be End, banyak tak puas hati harga barang naik...nak pilih PKR, banyak tak puas hati sebab berebut kuasa...kalau PAS bertanding, nah..lagi lah pening..
KAJANG - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengandaikan bahawa sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan di Dun Kajang bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut akan turun daripada tampuk pemerintahan. Menurut Azmin, pihak BN, selalu 'membuat lawak' dengan mengatakan bahawa Anwar akan berjanji untuk turunkan harga satay Kajang sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut.
"Hari ini saya hendak beritahu kepada orang Umno-BN, kalau Anwar menang di Dun Kajang, bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya BN juga akan turun," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini.
Pencalonan Anwar di Dun Kajang mencetuskan pelbagai polemik, ada yang menyifatkan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh di kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang bertanding di situ sebagai satu pengkhianatan kepada penduduk Kajang.
Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh kelmarin. Semalam, PKR mengumumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu. - Sinar Harian
Dulu, Najib kena hentam gara-gara kangkung...lepas ni ada tak yang nak troll Anwar sebab satay...anyway, kalau satay turun harga, memang sangat bagus..boleh juga buat lauk berulam kangkung..kan...haih, politikus is killing me lah!!
Lagi info menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan