6 Cara bagaiman keluarga ini menyelesaikan masalah hutang ratusan ribu dollar | Boros Di Aralom

Jumaat, 3 Januari 2014

6 Cara bagaiman keluarga ini menyelesaikan masalah hutang ratusan ribu dollar

Artikel yang bertajuk How One Family Paid Off Almost $118,000 in Debt ini memang benar-benar memberi inspirasi kepada saya dan mungkin juga kepada banyak orang lain kat luar sana. Jika anda ini mempunyai hutang atas RM20,000 dan anda tidak mempunyai kerja tetap walaupun berkelulusan tinggi dari menara gading gajah, dan ditambah lagi dengan keadaan hidup yang semakin mendesak, pastinya tidur malam kita tak kan begitu lena.


Ada yang kata bahawa tahun 2014 ini bakal dinobatkan sebagai juara anugerah Tahun Paling Menekan Rakyat. Apa tidaknya, sana sini semua naik harga. Gaji jer tak naik-naik. GST pula sedang berada di ambang pintu menunggu. Nak letak azam untuk membayar semua hutang PTPTN atau hutang ALONG, tapi nampak macam sukar jer. Apa lagi kalau hutang kita tu sampai lima enam angka. Kalau orang bujang macam saya ni pun dah tertekan, apa lagi korang yang dah berkeluarga. Pastinya lebih banyak beban. Sekolah pun dah bermula. Jadi apakah persediaan kita?
Amy Kroezen bersama suami dan anaknya
Daripada artikel tersebut kat atas, ia menceritakan bagaimana Amy Kroezen dan suaminya itu bertungkus lumus melangsaikan hutang berjumlah $118,000 yang majoritinya adalah hutang pengajian. Alaa, macam PTPTN lah tu. Daripada banyak-banyak cara yang dilakukan oleh pasangan ini, terdapat 6 cara yang dikongsikan.

1. Downsize. Bukan kuruskan badan yer..Kroezen dan keluarganya mengambil inisiatif untuk berpindah ke apartmen yang lebih kecil dan lebih murah. Selain itu, apartmen baru tersebut juga terletak berdekatan dengan tempat kerja. Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos sewa malah menjimatkan kos pengangkutan juga.

2. Menggunakan sistem envelope. Masih adakah korang yang guna cara ini, iaitu mengasingkan pembayaran bil dan sewa dengan menggunakan sampul surat. Walaupun dunia makin canggih dengan internet di mana kita boleh saja membayar bil terus secara online, Kroezen memilih untuk menggunakan cara lama. Dan ia memang lebih berkesan.

3. Bersedia untuk bekerja keras. Memang tidak mudah pada awalnya, tapi percayalah bahawa semua usaha ini akan menjadi begitu bermakna apabila anda tiba di penghujung perjalanan. Berusaha juga untuk mendapatkan sokongan moral sebanyak yang boleh dari keluarga, rakan karib, atau rakan sekerja.

4. Bertindak mengikut kemampuan maksima. Minimumkan perbelanjaan terhadap perkara-perkara yang anda boleh lakukan sendiri. Contohnya, memasak sendiri dan kurangkan makan di restoran, membaikpulih perabot sendiri tanpa menggaji tukang kayu, serta melakukan sesuatu pekerjaan berat secara gotong royong.

5. Bayar hutang yang paling mahal terlebih dahulu. Ada antara kita yang mempunyai hutang PTPTN saja dan ada yang mempunyai beberapa hutang serentak. Banyak penasihat kewangan yang menyarankan supaya kita membayar hutang paling mahal terlebih dahulu kerana ia membantu mengurangkan bunga dan yuran pinjaman. Antara hutang yang paling mahal bunganya ialah hutang kad kredit, diikuti loan kereta dan bunga pinjaman pengajian. Kalau loan kereta tu korang lambat bayar bulanannya, memang akan naik bunga dengan cepat. Kalau bunga rose tak per lah juga.

6. Be Inspired. Walaupun dah lepas zaman belajar kat kolej, tapi sebagai manusia, kita perlu mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. Rajin-rajinkan lah diri untuk merujuk buku mengenai perancangan kewangan, cara mencapai matlamat, serta bacalah artikel-artikel yang memberi inspirasi bagaimana seseorang itu keluar dari masalah kewangan.

Saya harap perkongsian panjang lebar mengenai cara menyelesaikan masalah hutang ini dapat memberi kita sedikit sebanyak ilmu. Walaupun keadaan hidup makin mendesak, jangan sesekali mengalah. Carilah alternatif dan kuatkanlah semangat untuk terus berusaha.  Sekian untuk perkongsian.