Siapa juara AJL28 semalam? #AJL28 | Boros Di Aralom

Isnin, 27 Januari 2014

Siapa juara AJL28 semalam? #AJL28

Siapa pemenang Anugerah Juara Lagu semalam? kesian aku, sebab tak dapat tengok..huhu..nasib baik ada google..actually, tak payah tengok google pun, tengok kat sidebar bloglist pun dah boleh tau..kat Facebook pun berlambak info..

Hafiz
Tahniah kepada lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz yang dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-28. Lagu ini adalah hasil ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri. Selain menjadi Juara Lagu, lagu ini turut memenangi kategori Persembahan Terbaik. Dengan dua kemenangan ini, Hafiz meraih hadiah wang tunai berjumlah RM45,000..Fuh!! kaya jadi artis ni tau..Jom layan lagu Hafiz kat bawah ni..memang best!!


Berikut adalah keputusan penuh AJL28 semalam.

Juara Lagu = Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Naib Juara = Hanya Aku (Hyper Act)
Ke-3 = Kalau Aku Kaya (Altimet ft. Awi Rafael)
Vokal Terbaik = Jaclyn Victor (Ikut Rentak Ku)
Persembahan Terbaik = Hafiz (Bahagiamu Deritaku)

Senarai 12 lagu yg telah dipertandingkan di final AJL28:

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimet feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

Nampaknya Hafiz terus bersinar di pentas Juara Lagu saban tahun...cuma tahun ini dia terlepas Vokal Terbaik..

(Kredit Info: SinarHarian, eskrim 20sen, MalaysianDigest)

Semalam pasti ramai yang datang tengok AJL secara live kan..pas tu mesti korang menjerit-jerit 'Hafizzzz...Hafizzz'...hehe..pada yang kuat menjerit tu, apa kata kalau korang jerit lagi kuat di #ROARfortakraw ni..dapat hadiah menarik lagi tau..nak tau apa hadiahnya? terjah lah laman web My Roar for Takraw..

Tiada ulasan: