Ni yang seronoknya kerja dengan kerajaan beb...polis pulak tu..jangan pula berlaku hal seperti 'harapkan pagar, pagar makan padi'..walupun bukan semua warga PDRM bersikap demikian tapi disebabkan 2 orang pegawai ini, rosak nama baik..ibarat 'kerana nila dua titik, rosak susu semalaysia'..
SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti. Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.
Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat."PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.
"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya. - SH
Selepas membaca laporan ini di Sinar Harian tadi, salah satu perkara yang menarik perhatian penulis ialah tentang komen-komen dari pembaca. Kebanyakkannya kurang berpuas hati dengan tindakan yang telah dikenakan terhadap dua pegawai tersebut. Ramai yang berpendapat supaya pegawai tersebut diberhentikan terus dari perkhidmatan.
Ni baru sikit jer, masih banyak lagi yang menyuarakan ketidakpuasan. Malah ada juga yang mengaitkan tindakan pegawai polis ini dengan hukuman hudud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan