Harga sayur naik 50 peratus, harga bawang turun | Boros Di Aralom

Selasa, 7 Januari 2014

Harga sayur naik 50 peratus, harga bawang turun


KUCHING: Harga beberapa jenis sayur di Medan Niaga Satok, Kubah Ria di sini mengalami kenaikan mendadak melebihi 50 peratus.
Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Su'udi Arof berkata, sawi hijau misalnya mengalami kenaikan RM8 apabila harganya melambung kepada RM15 sekilogram berbanding RM7 pada minggu lalu.

Beliau berkata, harga sayur kailan turut meningkat sebanyak RM7 apabila para peniaga di pusat niaga itu meletakkan harga RM15 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini.
"Antara sayur lain yang naik harga ialah bayam dan terung peparu meningkat sebanyak RM2.50, kangkung (RM2), kacang panjang (RM2), kacang buncis (RM1.50), petola (RM1), kacang bendi (RM1) dan peria (RM1).

>> Promosi ini akan buatkan korang lebih suka pada makanan
"Walau bagaimanapun, bawang merah kecil import mengalami penurunan harga sebanyak 50 sen manakala beberapa barangan seperti ayam, telur dan buah-buahan kekal pada harga yang sama sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Su'udi berkata, Unit Perisik Pasaran FAMA menjalankan pemantauan harga setiap hari bagi mendapatkan harga purata sebelum diguna pakai oleh kesemua peniaga di Medan Niaga Satok.
Beliau berkata, pihaknya menyedari kenaikan harga beberapa jenis barangan dan sentiasa melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengawal harga tersebut.
Jelasnya, kenaikan dan penurunan harga beberapa barangan adalah disebabkan faktor permintaan pengguna, bekalan semasa dan keadaan cuaca.
"Kebanyakan sayur-sayuran yang dijual di sini, diperoleh daripada pembekal di Jalan Kuching-Serian, Beratok, Siburan dan Batu Gong iaitu kawasan yang turut terlibat dalam banjir," katanya. - Utusan
>>Lihat lagi iklan burger king yang paling kreatif

P/s: Moga keadaan banjir di Sarawak akan cepat pulih agar semua urusan harian penduduk kembali berjalan seperti biasa.

Tiada ulasan: