Satu mayat bertatu labah-labah dan satu lagi mayat berjubah putih | Boros Di Aralom

Selasa, 21 Januari 2014

Satu mayat bertatu labah-labah dan satu lagi mayat berjubah putih


Kes bunuh semakin menjadi-jadi. MyMetro saja dah laporkan dua kes bunuh. Ni belum lagi tambah dengan kes yang tak masuk newspaper. 

KANGAR: Mayat lelaki dipercayai warga tempatan lengkap berjubah putih ditemui beberapa pekerja penyelenggaraan jalan di dalam parit usang di Jalan Sungai Batu Pahat menghala ke Kawasan Rekreasi Bukit Air di sini kira-kira jam 1 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya yang masih menyiasat di lokasi kejadian.  
Polis masih belum dapat mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah dengan penemuan mayat berkenaan. - myMetro

Maybe, kes atas ni belum dipastikan sama ada ianya kes bunuh atau bukan. Polis pun sedang siasat. Tapi laporan myMetro kat bawah ini pastinya memberi gambaran bahawa terdapatnya unsur bunuh. 

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki bertatu labah-labah dengan kesan kelar di leher ditemui dalam sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Kerayong, Sungai Besi, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, mayat lelaki yang berpakaian lengkap dan berumur lingkungan 20-an itu dijumpai seorang penjaga kubur kira-kira pukul 11 pagi.  
"Mayat ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua tangannya terikat menggunakan pita pelekat.  
"Hasil siasatan mendapati ada kesan kelar di leher mangsa selain tatu labah-labah di bahu kirinya. Mangsa dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08," katanya, hari ini.
Muhammad Azlee berkata, polis percaya motif pembunuhan kerana dendam atau mempunyai kaitan dengan sindiket dadah. Tiada dokumen pengenalan diri mahupun senjata ditemui di lokasi kejadian. Mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, kata Muhammad Azlee. - Bernama

Apapun yang terjadi..menteri pasti akan cakap.. "Malaysia masih aman"..

>> Kalau menang RM100,000 dari Petronas ni kan bagus..boleh juga bayar hutang along..

Tiada ulasan: