1001 Pengajaran! Padah diterima bila sering keluar malam dengan teman lelaki | Boros Di Aralom

Selasa, 7 Januari 2014

1001 Pengajaran! Padah diterima bila sering keluar malam dengan teman lelaki

Rebah kerana terlanggar motosikal kawan ketika cuba melarikan diri dari polis
Shah Alam: “Saya tak nak keluar, tetapi dia (teman lelaki) yang paksa keluar jalan-jalan malam minggu. Itu antara ‘alasan’ seorang pelajar perempuan tingkatan empat apabila ditahan bersama teman lelakinya yang juga masih bersekolah di tingkatan tiga oleh anggota polis ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Dataran Shah Alam, di sini, awal pagi semalam.
Pelajar berusia 16 tahun itu ditahan polis selepas motosikal dinaiki bersama teman lelakinya merempuh pagar besi yang dipasang polis dalam sekatan jalan raya berkenaan.
Ini kerana remaja lelaki terbabit panik selepas menyedari tidak memiliki lesen memandu. Mereka kemudian ditahan manakala motosikal dinaiki pula disita.

Advertisement

Remaja perempuan yang menetap di Sungai Buloh itu mendakwa, ini adalah kali ketiga dia mengikuti teman lelakinya ke Shah Alam pada malam minggu kerana ingin bersiar-siar memandangkan tidak bersekolah pada hari Ahad.
“Setiap kali hendak keluar, saya memaklumkan kepada ibu dengan alasan hanya keluar bersiar-siar bersama kawan bukannya dengan teman lelaki dan ibu tidak menghalang dengan syarat tidak boleh pulang lewat malam.
“Saya tahu dia (teman lelaki) tidak memiliki lesen, tetapi tidak sangka akan ditahan polis kerana sebelum ini tiada apa-apa (tidak ditahan polis),” katanya.
Ops Bersepadu yang dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu diadakan serentak di dua lokasi berasingan iaitu di Persiaran Masjid dan Dataran Shah Alam.
Dalam sekatan berasingan di Persiaran Masjid pula, seorang lelaki berusia 20-an dilanggar rakan sendiri sebaik terbabas ketika cuba melarikan diri dengan melawan arus selepas menyedari dikepung polis.
Ketika kejadian, lelaki terbabit bersama beberapa rakannya cuba mengelakkan diri daripada ditahan, tetapi berlaku perlanggaran antara mereka sebelum dia terjatuh selepas dilanggar rakannya yang gagal mengelak dan akhirnya ditahan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam IPD Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, dalam operasi bermula jam 12 malam dan berakhir enam jam kemudian, 139 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 53 motosikal disita.

>> Mohon Jawatan Kosong di Malaysia Airlines sekarang!

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas 200 motosikal yang disita, kami mendapati pemiliknya melakukan pelbagai kesalahan antaranya cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai ekzos.
“Daripada jumlah itu, seramai 34 remaja bawah umur ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah di mana ibu bapa, penjaga atau pemilik boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya. - HM
P/S: Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah...

Tiada ulasan: