300,000 Pati gagal dihantar pulang kerana tidak diterima negara asal
Kesian Pati-Pati ini...negara asal dah tak nak menerima mereka semula..padan muka!! Tapi kan, kita lagi kesian sebab terpaksa menanggung kos sara hidup para Pati ini semasa mereka dalam tahanan. Bukan sekadar bagi makan jer, dengan ubatan, bantuan pakaian dan tempat tinggal sekali mereka dapat. Kalau dibiarkan kelaparan, nanti negara dicop pulak sebagai tidak berperikemanusiaan..menyusahkan betul lah Pati ni..bikin habis beras jer.
Tim. Menteri Dalam Negeri
KUCHING - Kira-kira 300,000 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) tidak dapat dihantar balik ke negara asal mereka berikutan masalah imigresen di negara terbabit untuk menerima mereka kembali.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata meskipun pihak kerajaan Malaysia mengetahui negara asal Pati ini namun negara berkenaan berkehendakkan dokumen pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraan Pati terbabit.
Bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kecemasan untuk kawasan Parlimen Santubong di sini, beliau berkata kerajaan telah berbincang dengan pihak kedutaan dan wakil kerajaan negara-negara terbabit bagi mencari kaedah yang lebih menyeluruh untuk menghantar balik pendatang ini.
Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata pihak kedutaan dan wakil negara-negara terbabit bagaimanapun mengambil masa yang agak lama untuk memproses kemasukan semula pendatang-pendatang ini.
"Kita mahu mereka dihantar balik secepat mungkin oleh kerana perkara ini membebankan kita. Tiap-tiap hari kita memberi makan, memberi layanan, memberi (perkhidmatan) kesihatan kepada orang-orang yang datang ini," katanya.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berharap laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah berkemungkinan dapat dijadikan asas untuk membentuk kaedah lebih berkesan menyelesaikan masalah pendatang yang tidak dapat dihantar balik ini.
Katanya kerajaan sedang menunggu laporan berkenaan dibentangkan di Parlimen sebelum dapat melaksanakan mekanisme yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di negara ini yang tidak dapat dihantar balik.
"Harapan saya laporan dari RCI ini akan siap dan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang akan datang (Mac ini)," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan