1001 Jawapan! myMetro jawab isu gambar jasad bayi diedit | Boros Di Aralom

Selasa, 7 Januari 2014

1001 Jawapan! myMetro jawab isu gambar jasad bayi diedit

myMetro tampil memberi penjelasan mengenai gambar jasad bayi yang kelihatan seolah diedit dalam laporan mereka yang bertajuk 'Jasad bayi masih sempurna' bertarikh 06/01/2014 lalu selepas mendapat maklumbalas dari banyak pihak terutama di Facebook yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut.



Kredit Gambar: myMetro

Kredit Gambar: myMetro

Laporan yang diterbitkan di muka depan akhbar Harian Metro dan di web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa. 

myMetro memaklumkan bahawa gambar tersebut telah diambil oleh wartawan sambilan akhbar mereka secara spontan. Ketika diminta mengulas lanjut mengenai laporan tersebut, Abdul Ghani memberi respon berikut;
“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," 

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,”
 "Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar. 
"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya. 

Secara peribadi, ketika terbaca berita ini, saya juga merasa ada yang tak kena dengan gambar seolah-olah jasad tersebut terapung. Tak mungkin editor berita terlepas pandang benda ini sebelum diterbitkan kerana memang nampak jelas. Mungkin juga gambar tersebut sengaja diletakkan semata-mata untuk menarik lebih ramai pembaca melalui kuasa viral. Memang banyak kemungkinan yang boleh ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Tapi betul atau tidak, hanya Allah yang tahu. Ini sekadar pendapat peribadi saja dan memang betul kata penggali kubur itu bahawa tiada apa yang mustahil bagi Allah.


Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Tiada ulasan: