Teknik paling berkesan untuk cari pasangan hidup | Boros Di Aralom

Isnin, 20 Januari 2014

Teknik paling berkesan untuk cari pasangan hidup

Saya tak tau sama ada teknik ini berkesan atau tidak jika dilaksanakan di negara kita. Tapi di Jerman, ianya memang dah terbukti keberkesanannya malah lebih dari yang dijangkakan. Jadi, kalau anda sedang tercari-cari pasangan hidup, cubalah buat. Laporan ini saya petik dari myMetro;
Berlin: Seorang petani Jerman mengakui hidupnya menjadi tidak keruan sejak menaikkan papan iklan mencari isteri di depan rumahnya di Freiburg. Menurut Roland Geiger, dia dihujani panggilan daripada wanita yang menawarkan diri menjadi pasangannya. Sebelum itu, Geiger menaikkan papan tanda bertulis: “Petani tanpa haiwan peliharaan sedang mencari isteri” tidak menarik perhatian ramai. Namun, sejak berita “pencarian” Geiger dimuatkan dalam akhbar tempatan, jumlah wanita yang berminat tiba-tiba meningkat.

Disebabkan keadaan itu, Geiger kini dilaporkan hanya berminat memilih wanita muda sebagai bakal isteri. Geiger memiliki 20 hektar tanah, beberapa traktor dan sebuah rumah tetapi masih gagal menemui cinta sejati. - Agensi
Roland Geiger kini berusia 56 tahun. (Kredit foto: welt.de)

Nak buat papan tanda tu, tak perlu pun bajet mahal-mahal..yang penting harta tu...haha..pompuan yang nak dengan si Geiger ini pun rasanya bukan nak sangat bercinta dengan laki tua tu...dorang cuma nak duit jer..tapi bukan semua pompuan macam tu yer..semoga si Geiger berjaya mendapatkan cinta sejatinya.

>> Ini dia produk untuk mengurangkan kedutan kulit supaya tak nampak tua sangat..dapatkan sampel percuma Estee Lauder selagi stok masih ada..



Tiada ulasan: