Peniaga ayam (Kredit foto: Sinar Harian) |
Seperti biasalah, macam tahun-tahun sudah, asal nak perayaan saja, harga daging mentah seperti ayam akan naik. Memang hairan bin ajaib kalau harga ayam turun menjelang hari perayaan. Ia disebabkan oleh peningkatan permintaan dari pengguna. Dah hukum ekonomi, permintaan tinggi, harga akan naik, permintaan turun, harga akan turun...dengan andaian, inflasi normal.
ALOR SETAR - Kebanyakan peniaga di Pasar Besar Alor Setar, di sini, menjangkakan berlaku kenaikan harga barangan mentah khususnya ayam menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Difahamkan, harga ayam pada minggu lalu dijual pada harga RM7.50 sekilogram, bagaimanapun ia kini naik kepada RM7.80 sekilogram. Peniaga, Zainordin Zainol, 31, berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
“Ayam pada masa kini masih dijual dengan harga berpatutan. Walaupun harganya naik turun, tetapi ia tidaklah terlalu membebankan pengguna.
“Bagaimanapun, harga ayam mungkin naik antara 10 sen sehingga 20 sen lagi menjelang Tahun Baru Cina nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, kenaikan harga tidak dapat dielakkan kerana berlaku permintaan yang terlalu tinggi daripada pengguna setiap musim perayaan. - SH
Oh ya..nak cerita sikit pasal kangkung pula. Kelmarin memang hot diperkatakan bukan sahaja di kalangan pengguna Facebook dan Twitter malah juga di kalangan blogger dan akhbar online. Apa citer sebenarnya? Semuanya kerana ucapan Najib mengenai harga barang yang dikatakan merapu. Katanya, "...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan,". Walaupun Najib mungkin sekadar menggunakan kangkung sebagai perumpamaan tapi ianya jelas mengguris hati banyak orang yang kini sangat sensitif dengan isu kenaikan harga barangan yang mendadak.
Najib and Kangkung troll. (Kredit foto: Says.com) |
Tadi mak saya kata, kangkung ini dulunya adalah rumput..kat mana-mana boleh tumbuh. Berlambak kat tepi parit. Nak ambik free pun boleh. Cuma orang kita ni tak berapa gemar nak ambik sendiri..lagi pun kangkung banyak khasiat tau..jadi, tambahkan menu 'pilihan' anda sekarang dengan kankung masak kurma bak kata Datuk Mahfuz Omar..hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan