1001 Demo! Pelajar sekolah pun buat demo terhadap kenaikan tambang bas | Boros Di Aralom

Khamis, 9 Januari 2014

1001 Demo! Pelajar sekolah pun buat demo terhadap kenaikan tambang bas

Tambang bas sekolah naik..bikin darah naik! (Kredit: Sinar Harian)

Kita sedia maklum bahawa rentetan dari kenaikan harga barang yang bagaikan cendawan tumbuh juga telah memberikan kesan kepada kenaikan harga perkhidmatan di negara ini. Orang ramai pun dah tak heran kalau ada peniaga atau penyedia perkhidmatan yang menaikkan harga mereka. Tapi kalau harga naik secara melampau sampai 50% hingga lebih 100%, itu memang sudah keterlaluan.

>> Dengan rambut pun boleh menang RM10,000 

Salah satu isu yang paling mendapat perhatian ialah isu kenaikan tambang bas sekolah. Kita tahu yang bas sekolah merupakan keperluan asas kepada para pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Nak tinggal asrama, syarat jarak tak membenarkan. Nak suruh anak tinggal rumah sewa, lagi lah berisiko dan lebih mahal. Rumah sewa sekarang pun mesti dah naik kan sewa juga.

Ini satu lagi kes di Bagan Datoh di mana pengusaha telah menaikkan kadar tambang bas sekolah sampai 40 peratus ikut suka hati dia jer. Ibu bapa mana yang tak naik angin dah pening kepala. Tambahan pula kalau mereka ada dua tiga orang anak yang menuntut di sekolah yang sama dan menaiki bas sekolah yang sama. Pastinya lebih perit. Kalau gaji naik 40 peratus, tak per lah juga.

Menurut seorang ibu bapa pelajar ketika ditemubual oleh akhbat Sinar Harian, dia menyatakan rasa terkejut dan kini lebih terbeban akan kenaikan drastik tambang bas sekolah tersebut. Dia yang hanya bekera di estet kelapa sawit dengan gaji sekitarn RM900 sebulan berkata;

“Apa yang memeranjatkan saya apabila tambang bas yang dinaikkan terlalu tinggi buat kami penduduk kampung di sini. Ini kerana, pengusaha bas sekolah  mengenakan bayaran sebanyak RM44.85 bagi seorang pelajar di kawasan estet berbanding RM32 sebelum ini. Jelas sekali harga baharu dikenakan pengusaha bas membebankan kami (ibu bapa),”


Ekoran daripada kenaikan tersebut, ramai yang telah membuat bantahan terutamanya ibu bapa. Malah mereka termasuk Ketua Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh turut meragui tindakan pengusaha menaikkan tambang bas kerana tiada arahan  atau surat pekeliling membenarkan pengusaha menaikkan harga tambang

Jangan kata ibu bapa, pelajar sekolah pun menyedari akan hakikat ini sampai buat demo membantah kenaikan tambang bas sekolah tau. Kalau nak naik kan tambang, biarlah berpatutan. Bukan sekadar tambang jer naik, kualiti perkhidmatan pun kena naikkan sekali. Dan lagi satu, jangan fikir untung jer lebih sampai bas sekolah pun dijadikan 'tin ikan sardin', kesian budak-budak tu berhimpit. Aku tau perasaan dihimpit sana sini dalam bas sekolah sebab dulu masa sekolah menengah, aku pun naik bas ikan sardin. Terpaksa sebab tak der bas sekolah lain dah...tambang pula sama jer dengan student yang duk selesa kat atas bangku berkusyen..jangan dikata aircond, kipas kerdil pun tak der..tapi tak per, itu pengalaman lampau yang harus dijadikan iktibar. Lagipun masa aku sekolah dulu, tambang tak lah mahal sangat seperti yang berlaku dalam 5 tahun kebelakangan ini. 

Pelajar sekolah buat demo bantah tambang naik drastik  (Kredit: Sinar Harian)

>>Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Tiada ulasan: